ikan kembong masak cuka




BAHAN-BAHANNYA :-)

3 ekor ikan kembong saiz besar, siang, cuci dan kelar sedikit*
1 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*lumur rata2 pada ikan dan perap sekejap)
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
3 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1/2 inci halia, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris serong memanjang
1 biji cili hijau, hiris serong memanjang
2 camca besar cuka makan JALEN
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 camca besar gula atau secukup rasa
Garam secukup rasa
1/3 cawan air

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca teh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :-)

Ikan kembong digoreng, tapi tak perlu sampai garing, goreng sampai masak dan kekuningan sudah memadai. Angkat dan toskan. Panaskan 3 camca besar minyak masak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga wangi. Tambah bawang putih dan halia, kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil dan kacau selalu.

Tambah serbuk kunyit dan gula. Kacau rata dan masukkan cuka makan dan air. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan ikan. Balik2kan ikan hingga rata dengan bahan2 lain.

Perasakan dengan garam secukupnya. Sesuaikan rasa, dan jika suka manis, boleh tambah sedikit lagi gula. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI