wanita heret kekasih yang syok main iphone



WANITA itu mengheret kekasihnya yang bermain permainan menerusi telefon iPhone di sebuah stesen tren bawah tanah di Beijing baru-baru ini.

BEIJING - Seorang wanita mengheret kekasihnya yang memegang telefon iPhone di sebuah tren bawah tanah di sini, lapor akhbar MailOnline semalam.

Wanita itu melakukan perbuatan tersebut kerana kekasihnya masih bermain permainan menerusi telefon bimbit tersebut dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Aksi itu menyebabkan orang ramai menyifatkan ia merupakan salah satu aksi dari sebuah syarikat telefon bimbit.

Wanita tersebut kemudian menarik badan kekasihnya memasuki sebuah gerabak tren tersebut.

Ketika itu, kekasihnya masih melihat skrin gajet tersebut untuk bermain permainan.

Sebelum itu, wanita tersebut turut menarik tangan kekasihnya keluar dari sebuah tren kerana kecewa dengan tindakannya bermain permainan menerusi iPhone

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI