kerja sambil lewa sambil makan gaji buta..?...pelanggan kecewa layanan hospital kulim




Isnin lalu lebih kurang pukul 8.30 malam, saya membawa cucu berumur setahun sepuluh bulan ke Unit Kecemasan Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan akibat muntah dan cirit-birit yang kritikal.

Setelah membuat pendaftaran, kami diarahkan menanti ditempat menunggu yang tidak mempunyai kemudahan kipas angin atau pendingin hawa.

Pesakit tidak berapa ramai, yang ramai hanyalah waris-waris yang menghantar pesakit.

Setelah menunggu hampir satu jam, nama cucu saya masih tidak dipanggil untuk berjumpa doktor.

Menantu saya bertanya di kaunter pendaftaran, tetapi disuruh terus ke Zon Hijau untuk bertanyakan kepada doktor atau jururawat yang bertugas.

Doktor masih ada seorang pesakit yang perlu dirawat dan diberitahu selepas ini cucu saya akan mendapat rawatan.

Setelah pukul 10.00 malam, nama cucu saya tidak juga dipanggil untuk menerima rawatan, sedangkan cucu saya terus muntah serta 'terberak' dan keletihan.

Baju terpaksa ditanggalkan dan terpaksa disalin lampin, cuma kain batik yang ada untuk menyelimuti anak kecil ini.

Saya terus bertanya sekali lagi ke dalam bilik rawatan, diberitahu akan dipanggil sekejap lagi.

Saya maklumkan kepada jururawat bertugas tentang keadaan cucu saya, tetapi diberitahu masih ada pesakit lain.

Setelah letih menunggu, pukul 10.15 malam saya sekali lagi meminta izin daripada pengawal bertugas untuk merayu kepada doktor, tetapi cuma tinggal seorang doktor sahaja di dalam bilik rawatan Zon Hijau tersebut.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membawa cucu saya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Saya memberitahu seorang doktor perempuan yang ada dalam bilik tersebut supaya batalkan nama cucu saya kerana saya akan mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Saya terasa teramat hampa dan kecewa dengan tahap layanan yang diberikan oleh Unit Kecemasan Hospital Kulim.

Adakah kerana kami ini kurang kemampuan untuk ke hospital swasta dan terpaksa bergantung kepada hospital kerajaan, kami dilayan endah tak endah oleh petugas Hospital Kulim?

Amat malang bagi kami pembayar cukai, untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, malangnya kami dilayan sebegini rupa.

Tidak bolehkah pihak hospital memberikan keutamaan terutamanya kepada bayi dan anak-anak kecil?

Kenapa perlu bertegas untuk menurut KPI 90 minit bagi mendapatkan rawatan?

Saya difahamkan ada empat orang doktor yang bertugas pada satu-satu masa di Unit Kecemasan, tak kan semuanya dalam situasi 'cemas' sehingga tidak boleh memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit yang terpaksa menunggu lama?

Pengarah Hospital Kulim, tolonglah tengok-tengokan kakitangan anda yang bertugas.

Tidak ada gunakan mengistiharkan Hospital Kulim telah mecipta sesuatu diperingkat dunia, tetapi tidak mempu memberikan rawatan berkelas dunia kepada orang ramai.

Amatlah malang bagi penduduk di sekitar Kulim, apabila mendapat hospital yang begitu canggih dan moden, tetapi tidak mendapat layanan yang wajar dan sepatutnya mereka dapat.

Kalaulah kami ada wang yang banyak, kami tidak akan mendapatkan rawatan di Hospital Kulim, kami juga akan mendapatkan rawatan di hospital hospital swasta agar hati kami tidak sakit.

HALIM OSMAN

Kulim, Kedah

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI