dah tahu kezaliman zionis terhadap penduduk palestine semakin menjadi jadi tapi masih ada yang jadi pengkhianat dengan mengintip untuknya.



pengkhianat wajar di hukum mati...Lelaki bersenjata Hamas mengawal tiga lelaki yang disyaki bersubahat dengan Israel sebelum membunuh mereka di Bandar Gaza semalam.


BANDAR GAZA - Serangan udara tentera Israel membunuh empat penduduk Palestin di Gaza semalam ketika kerajaan negara-negara Eropah meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menuntut pertumpahan darah yang berlanjutan selama enam minggu itu berakhir.

Pertumpahan darah antara para pejuang Palestin dengan tentera Isarel itu bermula sejak Selasa lalu selepas gencatan senjata yang ditaja Mesir selama 72 jam musnah.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), angka kematian sejak pertumpahan darah itu bermula pada 8 Julai lalu itu kini ialah 2,087 orang dengan tiga suku daripadanya adalah orang awam.

Seramai 67 warga Israel terbunuh dalam pertempuran melibatkan kedua-dua pihak.

Menurut perkhidmatan kecemasan, dua lelaki Palestin berusia 22 dan 24 tahun terbunuh dalam serangan udara tentera di kem pelarian Nusseirat semalam.

Dua lagi terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis dekat kawasan kejiranan Deir al-Balah.

Tentera Israel menyatakan, ia menyasarkan 20 sasaran semalamam.

Pertumpahan darah di Gaza bermula selepas rejim Zionis melancarkan serangan untuk menangani roket-roket pejuang Palestin.

Dalam pada itu, sekumpulan lelaki bersenjata Hamas menjatuhkan hukuman mati ke atas 18 penduduk Palestin yang dituduh bekerjasama dengan Israel semalam sehari selepas tentera rejim Zionis itu mengesan dan membunuh tiga komander tertinggi Hamas.

Beberapa saksi berkata, tujuh orang ditembak mati di depan orang ramai di luar sebuah masjid di Gaza.

Hukuman seperti itu merupakan yang pertama dilaksanakan di Palestin sejak 1990.

Menurut seorang pengawal keselamatan Hamas, sebanyak 11 orang lagi dihukum mati di sebuah balai polis berdekatan Bandar Gaza.

Para pejuang itu memakai topeng muka dan berpakaian hitam, manakala muka dua suspek ditutup dengan kain

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI