misteri rekahan di barat laut mexico
GAMBAR menunjukkan rekahan sepanjang satu kilometer di Costa de Hermosillio, Sonora, Mexico yang terbentuk baru-baru ini.
BANDAR RAYA MEXICO - Rekahan di temui sepanjang satu kilometer (km) di sebuah ladang di Costa de Hermosillio, Sonora, Mexico baru-baru ini, lapor akhbar The Huffington Post kelmarin.
Para saintis percaya, rekahan itu terbentuk disebabkan aliran air bawah tanah di barat laut negara ini.
Rekahan itu sedalam lapan meter.
Gambar tersebut dirakamkan kamera yang dipasang pada sebuah dron.
Punca rekahan itu turut menyebabkan beberapa penduduk dan pegawai tempatan bingung berhubung punca yang menyebabkan ia terjadi.
Namun, ramai di antara mereka menganggap satu gempa bumi yang berlaku di San Andreas mungkin menyebabkan terjadinya rekahan tersebut.
Sekumpulan geologi Universiti Sonora pula berpendapat, aliran air bawah tanah sebagai punca yang menyebabkan terjadinya rekahan itu.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI