ibu di sesali...beri makan anak cacing pita untuk kuruskan badan



FLORIDA – Hanya kerana inginkan anak gadisnya menyertai pertandingan ratu cantik, seorang ibu sanggup memberi anaknya makan telur cacing pita, bagi memastikan tubuh si anak sentiasa kurus.

Malangnya perbuatan itu terbongkar apabila gadis berkenaan sakit perut dan terpaksa dibawa ke bilik kecemasan.

Menurut jururawat yang merawat gadis berkenaan, Maricar Cabral-Osorio, doktor mengetahui mengenai cacing pita itu selepas gadis berkenaan membuang air besar dalam tandas.

“Pada mulanya rakan-rakan saya menyangka gadis itu hamil, namun tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia mengandung.

“Namun selepas dia memasuki tandas untuk membuang air besar, kami mendengar jeritan dari dalam tandas,’’ kata Maricar.

Rupa-rupanya dalam mangkuk tandas itu penuh dengan cacing pita. Terdapat beberapa ekor cacing yang panjang dan cuba keluar dari lubang tandas.

Sambil menyifatkan ia sebagai menjijikkan, Maricar berkata, mereka kemudiannya tertanya-tanya bagaimana cacing itu boleh masuk ke dalam badan gadis berkenaan.

“Hanya selepas ibunya melihat keadaan anaknya itu, situasi menjadi emosional dan dia meminta maaf kepada anaknya.

“Ibunya mengaku memberi anaknya makan telur cacing pita, yang kemudian menetas dalam badannya dan ia dilakukan bagi memastikan anaknya terus kurus, sebelum memasuki pertandingan ratu cantik,’’ katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI