wang dalam perut
WANG kertas dalam bungkusan plastik yang dikeluarkan dari perut pesakit.
Kaherah: Doktor yang memeriksa seorang pesakit yang mengadu sakit perut teramat sangat terkejut menemui duit dalam bungkusan plastik di dalam perutnya.
Doktor mengarahkan pesakit itu menjalani imbasan di sebuah hospital di ibu negara Mesir ini selepas dia mengadu kesakitan.
Dia mulanya disyaki menghidap apendisitis.
Bagaimanapun, keputusan imbasan itu menunjukkan ada bungkusan plastik mengandungi wang tunai Mesir yang menyebabkan pesakit itu kesakitan dan muntah.
“Kami melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bungkusan yang mengandungi wang tunai berjumlah seribu paun Mesir (RM550).
“Kami melakukan banyak pembedahan di hospital ini, tetapi ini kali pertama kami menemui wang di dalam perut pesakit,” kata seorang doktor.
Menurutnya, lelaki itu diserahkan kepada polis untuk soal siasat mengenai bagaimana wang itu boleh berada di dalam perutnya.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI