nelayan balas dendam dengan makan jerung yang membahamnya



ENGELMAN menunjukkan jerung yang ditangkapnya.

Florida: Seorang lelaki yang dibaham seekor ikan jerung mendakwa berjaya membalas dendam dengan menangkap dan memakan ikan yang menyebabkan dia terpaksa menerima 15 jahitan.

Allen Engelman, 28, nelayan komersial dari Florida, dibaham ikan berkenaan ketika meluncur di luar pantai Pulau Singer.

Dia kembali ke pantai berkenaan bersama anaknya berusia lima tahun.
Menurutnya, dia berjaya menangkap ikan itu sebelum membawanya pulang, memanggang dan memakannya.

Engelman percaya jerung yang ditangkap itu adalah ikan yang menyerangnya.
Dia memberitahu akhbar Sun-Sentinel, dia kenal ikan berkenaan menerusi siripnya.

“ Ia membaham tangan kiri saya. Pada masa sama, saya sempat menangkap siripnya dengan tangan kanan dan berlaku pergelutan antara kami sebelum ia melepaskan tangan kiri saya.

“Apabila berjaya menangkap jerung itu keesokannya, saya memanggang dan memakannya,” kata Engelman kepada Sun Sentinel


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI