Kirim Duit Untuk Berubat, Tapi Rupanya Joli Di Kelab Malam



RIYADH – Seorang wanita Arab Saudi berasa ditipu oleh suaminya yang meminta sejumlah kiriman wang konon bagi membiayai kos perubatan tinggi lelaki tersebut ketika berada di luar negara.

Padahnya, wanita tersebut dilaporkan media tempatan telah mengemukakan permohonan cerai secara fasakh selain meminta wang perbelanjaan nafkah untuk menanggung anak-anak mereka.

Kisah, ini bermula ketika si suami meninggalkan isterinya itu untuk berubat di Mesir dengan menyatakan konon dia akan berada di negara jirannya itu untuk menjalani rawatan selama beberapa hari.

Pada awalnya wanita itu percaya sahaja dengan segala cakap suaminya. Namun hampir dua bulan si suami tinggal di Mesir sebelum menghubungi isterinya untuk dikirim lebih banyak lagi wang.

Ketika hendak mengirimkan wang, wanita ini kebetulan mendapat maklumat bahawa lelakinya itu tiada di hospital tetapi sedang bersenang-lenang bersama-sama penari seksi di sebuah kelab malam.

Informasi dalam bentuk foto itu memperlihatkan kelibat suaminya sedang membahagikan wang kepada beberapa penari kelab malam dan gambar tersebut diterima daripada telefon pintar adik suaminya.

Adik iparnya itu secara tidak sengaja melihat foto berkenaan dan mengirim kepada wanita tersebut yang turut terkejut lantas kemudian memohon perceraian fasakh di sebuah mahkamah syariah tempatan.

Dia menuntut suaminya itu untuk mengembalikan semua wang yang pernah dikirimnya selama ini, lapor akhbar Sada, yang dipetik daripada laman berita Emirates247 pada Isnin.

“Dia juga meminta cerai dan nafkah bulanan untuk menanggung anak-anak mereka,” kata harian tempatan itu tanpa mendedahkan di mana pasangan itu tinggal di Arab Saudi.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI