adakah najib dan rosmah menjadi dalang pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morias..?

Dakwaan draf kertas pertuduhan ke atas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didedahkan oleh laman web Sarawak Report mempunyai singkatan tandatangan (initials) Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morias, kata adiknya.



Dalam akuan sumpah berkanun (SD) hari ini, Charles Suresh Morais berkata ketika melihat dua halaman kertas pertuduhan di laman web itu pada 30 Julai, beliau mengenali singkatan 'AKM' iaitu ringkasan tandatangan abangnya di satu daripada kertas itu.

"Selepas melihat draf ini sekali lagi, saya dapati bahawa satu daripadanya telah dipinda dan mempunyai tandatangan singkatnya.

"Selepas meneliti kertas pertuduhan itu secara terperinci, saya dapati ada tandatangan abang saya, Kevin bersebelahan pindaan itu. Saya biasa dengan tandatangan dan singkatan yang digunakannya," kata Charles dalam dalam SD.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali sebelum ini menolak draf kertas pertuduhan itu yang didakwa sebagai palsu.

Charles dalam akuan bersumpahnya berkata beliau sentiasa berhubungan dengan Kevin, termasuk membuat dua atau tiga panggilan telefon sebulan dan saling bertukar e-mel.

Beliau juga mendakwa bahawa dua hingga tiga bulan sebelum pembunuhan Kevin pada September lalu, abangnya meberitahu bahawa beliau sedang mengendalikan kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam SD itu, adiknya itu juga mendakwa bahawa Kevin yang telah dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada dalam kedudukan yang tidak memberangsangkan.

“Katanya perbualan telefonnya mungkin diintip dan berhati-hati dengan apa yang saya katakan. katakan. Itulah sebabnya sebahagian besar perbualan kami biasanya dalam bahasa Malayalam,” katanya.

SPRM sedang menyiasat derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta daripada SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri.









##


Najib dan Rosmah dipersilahkan saman Sarawak Report. Jgn berani sebut nak saman saja, tapi sampai khiamat tak saman2. Mampos Najib kali ni... apakah Najib seperti biasanya akan buat pekak badak?

Nanti Najib kata ini satu konspirasi nak jatuhkn beliau.Sedangkan yg kena C4,jatuh dari tingkap,mati dlm tong drum,TPM,Ghani Patail di gugur,PAC,SPRM,BNM di usik dan di ganggu........kesimpulan nya
Siapa jatuh kan Siapa.


wa confirm....kalau dah bunuh altantuya boleh lepas ...kalau bunuh pengasas ambank  pun boleh terlepas pembunuhnya...jadi orang yang sama juga yang merancang pembunuhan ini...siapa lagi ...kalau tak najib dan rosmah....pembunuh no 1 rakyat malaysia....!!!



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI