Resepi Kimchi





Apakah Kimchi

Bagi yang tak tahu, kimchi ialah sejenis hidangan sampingan korea iatu terdiri daripada sayur yang dijeruk dan kemudian digaulkan dengan pes lada. Kimchi boleh terdiri dari pelbagai jenis sayuran iaitu lobak putih (daikon radish), timun, daun bawang atau kucai. Tetapi yang selalu dibuat ialah kimchi dari kobis Napa (kobis panjang) dan lobak putih.

Rasa kimchi sedikit masin, masam (jika diperam lama dan ada yang sedikit manis. Kimchi juga boleh disediakan segera dimakan contohnya kimchi timun dan daun bawang. Hanya gaulkan dengan garam dan sedikit gula, dan kemudian digaul dengan pes cili dan orang korea suka campurkan sirap air gula untuk memberi rasa manis dan mengurangkan pedas pes cili didalam kimchi. Selain itu bawang putih dan halia juga digunakan dalam resepi kimchi

Kebaikan Kimchi

Kimchi ni sebenarnya bukan sekadar makanan jeruk atau diawet. Kita mungkin akan salah sangka bahawa kimchi ni tak bagus untuk kesihatan kerana kandungan garam dan gula yang mungkin tinggi. Tetapi kimchi mempunyai unsur probiotik yang bagus untuk badan kita.

Kimchi dikatakan mempunyai antioksidan untuk menyembuhkan kanser, penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kandungan flavoinids dan probiotik yang tinggi dalam kimchi mampu melawan penuaan, menguatkan immune system dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan kita. Sebab tu orang korea ni lawa-lawa dan cantik kan...


Bahan-bahan

1 biji kobis panjang, dibelah 2 atau 4 memanjang. Saya belah 4
1/2 cawan garam halus timbang (bukan garam halus dalam pack beli kat supermarket tu)
2 biji lobak merah - dihiris menjadi batang mancis
1 ikat daun bawang, dipotong memanjang
1/2 cawan serbuk cili merah - saya paka brand Faiza

Bahan bubur / kanji

3 sudu besar tepung pulut
2 sudu besar gula
1 cawan air

Bahan kisar

1 ulas bawang besar kuning
1 biji pear gong (pear kulitnya warna emas) - boleh juga pakai 2 biji pear kuning biasa
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 sudu besar ikan bilis, dibuang kepala dan perut
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan


Penyediaan kobis jeruk
Kobis dibersihkan. Sapu garam pada setiap helaian kobis. Tetapi jangan ceraikan kobis tu dari pangkal bawah ya. pastikan setiap bahagian kobis kena garam. Biarkan selama 5 jam. Kobis akan mengecut dan layu.

Selepas 5 jam, cuci semua garam dari kobis. Rasa kobis tu, jika masih masin, cuci lagi. Lepas cuci,  perah air dari kobis sehingga kobis kering. Tapis dan biarkan seketika.

Penyediaan kanji
Kacau rata tepung pulut dan air bersama gula. Masak sekejap sehingga pekat dan jadi seperti bubur. Jika terlalu pekat tambah air sedikit.

Penyediaan bahan kisar
Masukkan semua bahan kisar kedalam mesin pengisar. Masukkan bubur/kanji yang dimasak tadi setakat boleh pusing je mesin pengisar tu. Jangan masukkan semua ye. Masukkan panas-panas pun takpa.

Kisar sehingga semua bahan halus.

Cara penyediaan kimchi

Dalam mangkuk, satukan bahan kisar dan serbuk cili. Gaul rata. Jika tawar tambah sedikit garam dan sedikit gula. Tetapi jangan terlalu masin kerana kobis tadi sudah sedikit masin. Gula pula untuk mengaktifkan bakteria. Jika terlalu pekat, boleh tambah lagi lebihan bubur/kanji tadi

Masukkan juga lobak merah dan daun bawang kedalam bahan sos kimchi tadi. gaul rata. Sos kimchi kini sedia disapu pada kobis

Ambil kobis jeruk yang diperah, sapu sos kimchi pada setiap helaian kobis sehingga semua bahagian dilumuri dengan sos. Masukkan kedalam bekas bertutup dan biar sehingga 1-2 hari sehingga kimchi menapai.

Selepas nampak ada naik sedikit buih. kimchi sedia diamakan. Jika kimchi dah rasa masam sedikit, bolehla masuk dalam peti sejuk bagi memperlahankan atau menghentikan proses penapaian supaya kimchi tak terlalu masam jadinya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI