ular tumpang dalam kereta
Dua orang lelaki di Queensland, Australia, mengalami pengalaman yang sukar dilupakan dalam hidup mereka apabila kenderaan mereka ditumpang oleh seekor ular.
Ketika itu, Ben Ashaari Lehmann memandu di jalan tiga lorong pada kelajuan 70 km/h . Entah dari mana datangnya, seekor ular berlingkar di cermin hadapan keretanya.
Panik dengan keadaan itu, Ben memperlahankan kenderaannya sambil memasang penggilap cermin dengan harapan ular tersebut akan jatuh. Akan tetapi perbuatannya itu menyebabkan haiwan itu 'marah' lalu mula mencari 'jalan' untuk masuk ke dalam kenderaan mereka dengan bergerak menyelusuri tingkap penumpang.
Apa lagi, menjerit ketakutanlah kedua-duanya kerana haiwan itu boleh membunuh dengan patukannya.
Namun begitu, mereka masih sempat merakamkan momen-momen bersama penumpang tidak diundang itu. Setelah hampir 5 minit, akhirnya ular itu jatuh ke tanah dan terus menuju ke 'tempat persembunyian' berhampiran.
Kejadian itu berlaku di Gunung Gravatt Rd dalam Capalaba, kawasan separa bandar di timur ibu kota negeri ini, Brisbane.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI