wanita bersenam di landasan keretapi



GAMBAR seorang wanita membuat aksi senaman di landasan kereta api


Washington (Amerika Syarikat): Seorang wanita bakal didakwa di mahkamah selepas dia dirakam kamera keselamatan bersenam di landasan kereta api.

Wanita yang tidak dinamakan itu dirakam kamera keselamatan turun ke landasan kereta api di stesen West Falls Church di sini baru-baru ini.

Dia kemudian membuat beberapa gerakan senaman di landasan sambil aksinya dirakam seorang rakan lelakinya dengan telefon bimbit.

Jurucakap polis berkata, aksi wanita itu sangat bahaya kerana dia berdiri berhampiran wayar elektrik bervoltan tinggi.

“Sekiranya wanita itu terlanggar wayar berkenaan dia boleh mati terbakar,” katanya. Menurutnya, seorang pengawal keselamatan yang melihat aksi itu kemudian menegur wanita berkenaan.

“Wanita itu akhirnya keluar dari landasan dan dia bersama rakan lelakinya dilihat naik sebuah kereta api. “Bagaimanapun, kami berjaya mengesan identiti wanita itu dan menahannya kerana menceroboh landasan kereta api,” jelasnya.

Menurutnya, wanita itu bakal didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI