majikan arab yang ganas... amah didera, tangan pula dipotong kerana cuba lari



Pembantu rumah, Kasturi Munirathinam, 58, dipotong tangan kanan oleh majikan.

SEORANG pembantu rumah warga India telah mengalami mimpi paling ngeri dalam seumur hidupnya selepas dia didakwa telah didera dan tidak diberi makan oleh majikannya di Arab Saudi.

Lebih mengecewakan, Kasturi Munirathinam, 58; yang berasal dari Tamil Nadu itu, cuba melarikan diri daripada keluarga ‘syaitan’ itu Selasa lalu namun telah diserang dan tangan kanannya telah dipotong oleh majikannya itu.

Kasturi yang baharu tiga bulan bekerja untuk keluarga Arab Saudi yang tinggal di ibu negara Riyadh itu kini berada di sebuah hospital di bandar raya tersebut untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Insiden malang terbabit turut mendapat perhatian daripada Menteri Luar Negara India, Sushma Swaraj yang melahirkan rasa kesalnya menerusi laman makro Twitter.



“Potong tangan wanita India. Kami sangat kecewa dengan cara layanan buruk yang diberikan kepada semua pembantu rumah India di Arab Saudi,” tulisnya.

Chopping of hand of Indian lady – We are very much disturbed over the brutal manner in which Indian lady has been treated in Saudi Arabia.

— Sushma Swaraj (@SushmaSwaraj) October 9, 2015

Beliau juga menyatakan perkara itu kini dimaklumkan kepada pihak berkuasa Arab Saudi dan pegawai kedutaan India juga sudah berhubung dengan Kasturi.

Anak Kasturi, S. Kumar, juga menyatakan ibunya tidak dibenarkan bercakap dengan mereka menerusi telefon sejak dia berkhidmat sebagai orang gaji pada Julai lalu.

“Ibu saya tidak dibenarkan bercakap dengan kami menerusi telefon. Dia juga tidak diberi makanan yang sempurna serta dipaksa bekerja lebih masa,” katanya.

Kini keluarga mereka meminta kerajaan Arab Saudi memberi pampasan dan menanggung segala perbelanjaan perubatan yang diperlukan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI