ini dah melampau..dasar anak derhaka...ibu melutut sebab tak mampu belikan anak hp yang mahal
8:08 PG
anak derhaka
,
berita
,
ibu
,
luar negara
,
mahal
,
melutut
,
telefon bimbit
,
thailand
Edit
Seorang ibu yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) di lihat melutut meminta maaf kepada anak perempuannya kerana tak mampu belikan telefon bimbit yang mahal kini menjadi viral.
Kejadian yang berlaku di Thailand itu, membuatkan ramai yang berang dengan sikap biadap si anak apatah lagi ibunya mengalami kecacatan di bahagian kaki.
Gambar berkenaan mula-mula dimuatnaik oleh kakitangan di Mall Harbor, Pattaya yang menyaksikan kejadian tersebut yang berlaku semalam (Sabtu) ke akaun Facebooknya.
Si ibu dikatakan bertindak melutut mohon maaf apabila duit yang dibawa tidak cukup untuk membeli telefon bimbit yang diidamkan si anak.
Rata-rata mengutuk kelakuan anak wanita oku tersebut kerana tergamak membiarkan ibunya melutut dalam tempoh lama meskipun telatahnya disaksikan ramai orang di pusat beli belah tersebut.
Kalaulah depan orang macam itu ibunya dilayan, di belakang entah bagaimana agaknya kan.. kesian
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI