lagi kekejaman tentera israel terhadap rakyat palestine
RAKAMAN video menunjukkan tentera Israel mengacukan senjata api mereka ke arah Isra yang cuba bersenjatakan pisau.
BAITULMUQADDIS – Sebuah klip video kekejaman Israel tersebar luas di dalam internet yang menunjukkan beberapa anggota polis Israel menembak seorang wanita Palestin di sebuah terminal bas di Afula kelmarin.
Mangsa berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Isra Abed itu dikatakan ditembak kerana dia cuba menikam seorang pengawal keselamatan Israel dengan sebilah pisau.
Rakaman video menunjukkan dia ditembak beberapa kali oleh beberapa tentera Israel yang mengepungnya meskipun Isra jelas tidak mampu memberi ancaman besar.
“Dia tidak pun memberi sebarang ancaman kepada sesiapa,” kata seorang doktor, Belal Dabour yang dikatakan memuat naik video itu menerusi laman sosial, Twitter.
Ada laporan menyebut wanita itu terbunuh, manakala ada sumber menyatakan Isra kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di sebuah hospital.
Sementara itu, ketegangan semakin merebak di Gaza, Baitulmuqaddis dan Tebing Barat semalam apabila sebanyak 17 penduduk Palestin terbunuh dalam tempoh 11 hari keganasan berlaku.
Kebanyakan mereka terbunuh selepas ditembak oleh tentera Israel dalam gerakan baharu menikam pendatang haram Yahudi dan tentera Zionis.
“Lebih 80 penduduk Palestin cedera, 10 daripada mereka parah,” kata anggota perubatan itu.
Golongan muda Palestin kini melancarkan intifada ketiga selepas kebangkitan intifada pertama pada 1987 dan tahun 2000
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI