my tabung ...aplikasi dari pihak bank negara mendidik pengguna berbelanja






Menjadi salah satu tugas utama pihak Bank Negara Malaysia dalam mendidik pengguna untuk berbelanja dengan baik dan pada masa yang sama menguruskan wang supaya tidak berbelanja lebih daripada kemampuan. Dalam usaha tersebut, kini mereka telah memperkenalkan sebuah aplikasi khusus yang dinamakan sebagai MyTabung.

Melalui MyTabung, ia hadir dengan antaramuka yang lebih kurang sama seperti beberapa aplikasi pengurusan kewangan yang lain, membolehkan pengguna untuk melihat berapa wang yang telah dibelanjakan, serta pada masa yang sama melihat simpanan yang boleh dilakukan untuk setiap bulan.

Pengguna juga turut boleh menetapkan bajet yang ingin dibelanjakan untuk sesuatu perkara – dan memastikan anda berbelanja dalam lingkungan tersebut. Menjadi kelebihan aplikasi ini juga kebolehan untuk memilih dalam bahasa Malaysia dan juga bahasa Inggeris.

Daripada percubaan kami, pada permulaan ia mengambil sedikit masa yang lama untuk memahami kaedah penggunaannya, sebelum dapat selesa menggunakan aplikasi ini – dimana beberapa aplikasi lain dalam kategori seumpamanya dilihat lebih mudah difahami ketika permulaan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini untuk peranti Android, iPhone atau iPad anda hari ini.


Muat-Turun My Tabung untuk Android

Muat-Turun My Tabung untuk iPhone / iPad

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI