taman kelip-kelip jadi tarikan pelancong



BERIBU-RIBU ekor kelip-kelip mengeluarkan cahaya pada waktu malam di taman tema East Lake Peony Garden di China.

HUBEI, China – Sebuah taman khas untuk kelip-kelip dibuka di sini sebagai salah satu usaha memelihara dan memulihara serangga itu daripada pupus.

Taman tema East Lake Peony Garden itu menempatkan lebih 10,000 ekor kelip-kelip yang dipecahkan kepada lima zon berbeza iaitu zon terbang, zon pemerhatian, zon jarak dekat, zon pembiakan dan kawasan populasi sains.

“Ia dibuka khusus untuk kelip-kelip yang semakin pupus akibat pencemaran dan kemusnahan sehingga mengancam populasi habitat,” ujar jurucakap taman tema berkenaan.

Proses pembiakan kelip-kelip menelan belanja yang besar kerana seekor serangga berkenaan memerlukan kos sebanyak 10 yuan (RM6.70).

Kesemua kelip-kelip tersebut dibawa dari wilayah Ningdu di daerah Jiangxi. Taman tema itu dibuka kepada umum pada 30 Mei lepas dan akan ditutup pada bulan ini.

Berikutan sambutan yang memberangsangkan, ia akan dijadikan acara tahunan dan akan dibuka semula pada tahun depan.

Menurut laporan media tempatan, Oddity Central, hari pertama pembukaan taman tema berkenaan, ia telah menarik seramai 10,000 pengunjung

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI