kerja giler...cuci rambut sambil tunggang motor



pembonceng mensyampu rambut penunggang motosikal.


Taipei: Video seorang penunggang motosikal di Taiwan yang rambutnya disyampu pemboncengnya ketika membawa kenderaan itu di lebuh raya tersebar di Facebook.

Rakaman itu diambil di lebuh raya di Daerah Pingtung, selatan Taiwan, lapor People’s Daily Online dan dimuat naik ke Facebook pertengahan minggu lalu, tetapi kemudian dibuang tanpa diketahui sebabnya.

China News Service melaporkan, mereka sebahagian daripada enam lelaki menaiki tiga motosikal dan video dirakam ketika kumpulan itu melalui pekan Gaoshu di lebuh raya berkenaan selepas pulang daripada berkelah di pantai.

Semuanya tidak memakai topi keledar, yang menjadi kesalahan mengikut undang-undang Taiwan. Ketika rambutnya dicuci, penunggang berkenaan didengar berkata: “Apa nak buat, sesudah berenang mestilah cuci rambut!”
Rakannya didengar ketawa dengan kata-katanya itu.

Malah, penunggang yang tidak dikenal pasti itu juga mencuci sendiri rambutnya menggunakan tangan kiri manakala tangan kanan digunakan untuk mengawal motosikal.

Video itu dipercayai dirakam rakan mereka yang menaiki motosikal lain.
Sementara itu, ketua polis trafik Daerah Hualian, Huang Zengzhang berkata: “Perbuatan mereka amat berbahaya. Bayangkan jika syampu termasuk matanya ketika itu, bukan saja nyawanya terancam, malah rakannya dan pengguna jalan lain juga.”

Tidak semua pengguna Internet mengecam perbuatannya, malah ada yang berkata: “Masa itu emas. Inilah cara terbaik menjimatkan masa.”

Tidak diketahui sama ada pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap mereka.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI