kesan ribut pasir terburuk Asia Barat



Seorang anggota polis trafik Iraq sedang mengawal keadaan lalu lintas di bandar Baghdad ketika negara itu dilanda ribut pasir pada minggu lalu.

KEJADIAN ribut pasir merupakan perkara biasa yang sering melanda beberapa negara di dunia terutama di Asia Barat pada waktu tertentu setiap tahun.

Bagaimanapun, fenomena yang berlaku pada minggu lalu didakwa sebagai paling buruk yang pernah melanda rantau itu sehingga mengakibatkan kehilangan sekurang-kurangnya lapan nyawa.

Mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada warga emas dan seorang kanak-kanak dari timur Lebanon iaitu kawasan paling teruk terjejas akibat ribut pasir di negara itu.

“Berlaku empat kematian di Deir Ezzor, Syria iaitu dua kanak-kanak termasuk di Hamah, seorang wanita warga emas dan seorang dewasa di Daraa,” kata Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman.

Selain itu, beribu-ribu lagi rakyat di negara-negara terjejas seperti Lebanon, Syria, Jordan, Mesir, Cyprus dan Iraq dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan terutama gangguan sistem pernafasan akibat kejadian ribut pasir itu.

Beberapa hospital terpaksa menolak kemasukan pesakit berikutan jumlah yang terlalu ramai di samping kekurangan peralatan bantuan perubatan seperti silinder oksigen.



GOLONGAN remaja meneruskan aktiviti harian mereka sambil memakai penutup mulut di Homs, Syria baru-baru ini.

Kesan daripada tiupan angin yang membawa debu pasir halus itu turut mengakibatkan jarak penglihatan berkurangan kepada beberapa ratus meter sahaja dan memaksa sekolah, pelabuhan, deretan kedai dan restoran ditutup bagi mengelakkan keadaan tidak diingini daripada berlaku.

Keluasan kawasan yang dilitupi oleh ribut pasir itu adalah sangat besar sehingga kejadian tersebut boleh dilihat dari angkasa lepas seperti dalam gambar rajah yang dikongsi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat pada Selasa minggu lalu.

Fenomena ribut pasir berlaku disebabkan oleh angin kuat yang bertiup dan membawa bersama tanah atau pasir-pasir halus ke udara dalam kuantiti yang sangat banyak sehingga menyebabkan jarak penglihatan menjadi berkurangan.

Ia kebiasaannya berlaku di kawasan padang pasir yang luas berikutan sumber pasir halus dan ringan yang terdapat di situ.

Pada waktu tertentu, kejadian ribut pasir semakin kerap terjadi berikutan berlaku pemanasan udara di padang pasir sehingga menyebabkan keadaan di kawasan rendah menjadi tidak stabil.

Ia ditambah dengan angin kencang di tengah-tengah yang bertiup ke arah permukaan bumi membentuk tiupan angin lebih kuat di permukaan.

Setiausaha Agung Majlis Kajian Saintifik Kebangsaan Lebanon, Mouin Hamzeh berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui imej satelit, ribut pasir terbentuk daripada kawasan utara Iraq dan bergerak ke arah utara dan tengah Lebanon, utara dan timur Syria serta selatan Turki.



Pelarian Syira antara golongan yang paling teruk terjejas ketika kejadian ribut pasir tersebut.

“Kejadian ribut pasir ini kebiasaannya berlaku dua atau tiga kali setahun di Lebanon pada musim bunga antara bulan Mac dan April. Namun, kali ini ia agak berbeza berikutan ketumpatan yang agak tinggi,” katanya.

Di samping itu, Kementerian kesihatan di beberapa buah negara terlibat juga telah mengeluarkan arahan kepada penduduk setempat supaya berada di dalam bangunan terutama individu yang mengalami masalah kesihatan, wanita mengandung serta warga emas dan menasihatkan mereka agar sentiasa memakai penutup mulut ketika berada di luar.

Kelompok masyarakat paling teruk terjejas akibat ribut pasir luar biasa itu adalah ribuan pelarian Syria yang tinggal di kem-kem perlindungan sementara sekitar Lebanon berikutan keadaan kurang sempurna di tempat berteduh mereka.

Sementara itu, beberapa serangan udara yang sering berlaku di kawasan tengah dan utara wilayah bergolak Syria dikatakan turut berkurangan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI