businessman melayu belasah bangla lagak seperti samseng UMNO akhirnya dapat habuannya






SATU rakaman memperlihatkan seorang pelanggan lelaki menampar pekerja asing di sebuah pusat mencuci kenderaan menjadi viral baru-baru ini.

Menerusi video yang diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) itu, dapat dilihat lelaki tersebut memarahi pekerja itu yang sedang mengelap bahagian hadapan kenderaan mewahnya.

Menurut pemilik premis terbabit, Atie Abdul Hamid yang berkongsi rakaman video itu di laman Facebooknya, lelaki itu dikatakan berang kerana pekerja itu mengotorkan keretanya.

“Rakaman CCTV seorang lelaki Melayu memukul seorang Bangla yang tengah cuci kereta kerana marah Bangla masuk dalam kereta dan menyebabkan keretanya kotor. Mungkin Bangla itu kotor berpakaian lusuh dan hina, kemudian tidak mahu membayar sebaliknya meminta wang RM1,000 kerana duduk dan mengotorkan keretanya ketika mengelap cermin.

“Siapa pun kita, sekaya mana pun kita, jangan terlalu angkuh dan bongkak dengan mereka yang dipandang hina. Nampak memang sikit, tapi sampai sekarang darah tak berhenti,” tulis Atie.

Tidak terhenti di situ, mangsa dipercayai dibelasah lagi sekali di bahagian belakang premis sehingga menyebabkan hidungnya patah.

Atie menjelaskan pekerjanya sedang dirawat di hospital berikutan kecederaan yang dialaminya itu.

Video itu sehingga kini mendapat ribuan likes dan perkongsian oleh netizen di seluruh Malaysia.

Kebanyakan netizen menasihatkan Atie agar melaporkan insiden itu kepada pihak polis agar memberi pengajaran kepada lelaki itu yang bertindak membuta tuli dan keterlaluan.

dan akhirnya  mangkuk ini mendapat habuannya...

Seorang ahli perniagaan yang bertindak menampar seorang pekerja cuci kenderaan warga Bangladesh di Subang Perdana Sabtu lepas, direman dua hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Rozi Jidin berkata suspek ditahan pada kira-kira 10 malam tadi di kawasan Kampung Baru Subang, dekat sini.

Beliau berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

“Penahanan ini susulan daripada laporan oleh majikan pekerja warga asing berkenaan di Balai Polis Brickfields tengah hari semalam,” katanya


Katanya polis masih menyiasat punca kejadian dan menunggu laporan perubatan mangsa untuk tindakan lanjut.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada pukul 12.45 tengah hari itu tersebar di laman sosial yang memaparkan mangsa dipukul di bahagian muka dan perkara itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI