obaman kekalkan kubur tentera AS di Afghanistan
5:48 PG
afghanistan
,
amerika syarikat
,
berita
,
gali kubur
,
korban
,
luar negara
,
pejuang islam
,
pejuangt taliban
,
tentera penjajah
Edit
tentera AS menangisi rakan yang jadi korban serangan bom oleh pejuang taliban
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengumumkan bahawa tentera AS akan kekal di Afghanistan sehingga tahun hadapan, bertentangan dengan janji terbesar kempen beliau sebelum ini.
Beliau berkata, tentera Afghanistan masih tidak mampu untuk menentang kumpulan Taliban dan tindakan mengekalkan sejumlah 9,800 tentera AS di Afghanistan suatu langkah tepat.
“Sebagai ketua komander, saya tidak benarkan Afghanistan digunakan sebagai lokasi selesa pejuang taliban melakukan serangan terhadap negara kami,” katanya.
Sejak memegang jawatan pada 2009, Obama bersumpah untuk mengakhiri perang di Iraq dan Afghanistan yang telah mengakibatkan lebih 2,000 tentera AS cedera dan cacat akibat tugasan di negara berkenaan.Manakala jumlah tentara Amerika yang terkorban pula telah melampaui dua ribu orang setakat ini .
Sejak lebih enam tahun lalu, beribu-ribu tentera masih kekal di kedua-dua negara terbabit.
Merujuk kepada penghantaran semula kumpulan tentera, Obama menjelaskan bahawa keputusan itu perlu dilakukan untuk membantu pihak yang memerlukan sokongan.
“Saya tidak menghantar kamu untuk berdepan dengan keadaan bahaya dan saya tidak menyokong idea peperangan tidak berkesudahan ini,” katanya.
Pengumuman Obama itu dilakukan melalui ucapan yang disiarkan di televisyen dari White House.
Berdasarkan rancangan untuk Afghanistan sebelum ini, AS akan mengurangkan jumlah tentera daripada kira-kira 10,000 kepada hanya 1,000 menjelang akhir tahun 2016.
Bagaimanapun, sehingga akhir tahun depan atau awal 2017, bilangan mereka dijangka kekal 5,500 orang.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI