simpati dengan mangsa gempa bumi....pejuang taliban umum gencatan senjata
7:17 PG
afghanistan
,
berita
,
gencatan senjata
,
gerakan islam
,
luar negara
,
pejuangt taliban
,
taliban
Edit
Pejuang Taliban mengumumkan pihaknya tidak akan menyerang mana-mana pihak yang membantu mangsa gempa bumi di Afghanistan.
KABUL – Kumpulan pejuang Taliban semalam mengisytiharkan gencatan senjata di kawasan-kawasan di Afghanistan yang terjejas selepas gempa bumi melanda rantau Asia Selatan awal minggu ini.
Bencana itu menyebabkan lebih 400 orang di Aghanistan, Pakistan dan India terkorban.
Pengumuman mengejutkan itu dibuat selepas tiga hari gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan rantau Hindu Kush yang bermula dari Tajikistan hingga ke India dengan kebanyakan kematian dicatatkan di Pakistan dan Afghanistan.
“Kami menasihatkan mujahidin kami supaya tidak menyerang sesiapa yang cuba membantu mangsa gempa bumi termasuk pentadbiran Kabul.
“Namun, sekiranya pejuang Taliban diserang, mereka dibenarkan bertindak balas,” kata seorang jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid.
Zabiullah bagaimanapun tidak mendedahkan bila gencatan senjata itu akan berakhir ataupun wilayah-wilayah yang terlibat dalam genjatan senjata satu pihak itu.
Antara wilayah di Afghanistan yang terjejas teruk akibat gempa bumi baru-baru ini ialah Badakhshan, Takhar, Nuristan, Kunar, Nangarhar dan Kabul.
“Jabatan kami mula menyalurkan bantuan ke wilayah-wilayah yang terjejas sejak kelmarin,” kata Ketua Operasi Bantuan Kecemasan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Afghanistan, Mohammad Aslam Sayyaf.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI