ketumbuhan seberat 55 kg menyebabkan kehilangan kaki kanan




GUMREET sebelum menjalani pembedahan.

Punjab, India: Sekumpulan doktor di sini berjaya membuang satu ketumbuhan seberat 55 kilogram di paha seorang lelaki baru-baru ini.

Gumreet Singh, 26, dari Jalandhar, Punjab, utara India memberitahu, dia menyedari ada satu ketulan di paha kanannya tujuh tahun lalu.

Ketulan itu kemudian membesar sehingga menyebabkan dia tidak boleh memakai seluar kerana terlalu ketat.

Keadaan semakin buruk apabila ketumbuhan itu terus membesar sehingga menyebabkan dia terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu lagi untuk bergerak.

Doktor mengesahkan ketumbuhan itu sejenis barah, tetapi tiada doktor yang berani membuangnya kerana terlalu berisiko.

Bagaimanapun, baru-baru ini sekumpulan doktor di New Delhi bersetuju untuk melakukan pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan.

Dalam pembedahan pada 21 Oktober lalu, doktor membuang ketumbuhan seberat 55 kilogram itu, termasuk kaki kanan dan sebahagian tulang pelvisnya.

Berat Gumreet kini 35 kilogram, bermakna ketumbuhan itu seberat hampir dua kali ganda daripada berat badannya.

Gumreet berkata, walaupun kaki kanannya terpaksa dipotong, tetapi dia tetap lega kerana tidak perlu membawa ketumbuhan yang berat itu lagi.

“Saya kini sudah mampu berdiri dan dengan bantuan kaki palsu, saya berharap dapat berjalan semula,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI