melombong emas tapi tempah maut





ANGGOTA penyelamat mengusung mayat seorang pelombong yang dijumpai.

Jakarta: Tiga lelaki maut dan sekurang-kurangnya sembilan lagi masih hilang selepas lombong emas yang dimasuki mereka runtuh kelmarin, kata polis semalam.

Semua mangsa dipercayai masuk ke lombong tinggal di gunung Pongor berhampiran kampung Bantar Karet di Bogor, Jawa Barat kelmarin sebelum ia runtuh.

Jurucakap polis, Ita Puspitalena berkata, semua mangsa bukan pelombong dan tidak mempunyai kepakaran menggali terowong bawah tanah sepanjang 200 meter berkenaan. “Tanpa peralatan yang lengkap bumbung terowong dalam lombong berkenaan runtuh dan menimbus semua mangsa. “Kemungkinan tiada siapa yang selamat,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang terperangkap mungkin berada pada kedalaman 10 hingga 30 meter di bawah tanah.

Tambahnya, lombong itu ditutup beberapa bulan lalu, tetapi dibuka semula oleh pelombong haram yang mahu mencari emas.

“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan sehingga semua mangsa ditemui,” jelasnya.

Aktiviti melombong emas secara haram meningkat mendadak di Indonesia selepas harga logam itu melambung tinggi.

Seramai 18 orang maut selepas sebuah lombong emas haram runtuh di barat Borneo pada Oktober 2014.

Pada Julai tahun yang sama, tanah runtuh menyebabkan sembilan lelaki maut di sebuah lagi lombong haram di wilayah Papua.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI