ratu cantik sujud di kaki ibu pengutip sampah

>
MINT dengan mahkota dan selempang yang dimenanginya melutut depan ibunya untuk ucapkan terima kasih. Gambar kanan, Mint (kiri) membantu ibunya menyelongkar sampah.

BANGKOK, Thailand – Sekeping gambar aksi seorang Ratu Cantik Thailand sujud di kaki ibunya selepas berjaya merangkul juara dalam pertandingan Miss Unsencored News Thailand 2015 menjadi viral di internet.

Ratu cantik berusia 17 tahun itu, Khanittha Phasaeng yang dikenali sebagai Mint itu dirakam memakai mahkota sambil sujud di kaki ibunya yang sedang bekerja mengutip bahan-bahan terpakai di satu tempat pembuangan sampah pada bulan lalu.

Mint dikatakan berbuat demikian sebagai salah satu cara untuk mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang membesarkannya dengan menjual barangan kitar semula bagi menyara kehidupan mereka berdua.

“Apa yang saya ada hari ini ialah kerana ibu saya. Saya dan dia meneruskan kehidupan dengan melakukan kerja-kerja yang halal, jadi tiada sebarang alasan yang saya patut berasa malu,” katanya.

Dia dilaporkan pulang ke rumahnya yang terletak di sekitar Bangkok sebaik sahaja memenangi pertandingan semata-mata untuk mengucapkan terima kasih kepada ibunya.

Menurut akhbar Bangkok Post, ibunya menjadi ibu tunggal setelah berpisah dengan bapanya sejak dia masih kecil.

“Ibu masih mahu menjalankan kerja-kerja mencari sampah walaupun saya telah memenangi pertandingan ini kerana dia tidak mahu bergantung kepada saya,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI