kerja giler...calon makhluk asing untuk tanding pilihan raya filipina




MANILA - FILIPINA. Luar biasa! Seorang lelaki yang dikenali sebagai Allan Carreon mengakui telah mendapat restu daripada makhluk asing  untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Filipina.

Hadir dengan memakai baju yang tertera perkataan 'duta antara galaksi, di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina baru-baru ini untuk mendaftarkan namanya sebagai salah seorang calon.

Carreon mendakwa, makhluk asing telah ‎memberi nasihat dan amanat kepadanya  untuk 'mensejahterakan' Filipina daripada anasir jahat.

"Makhluk asing memberi restu untuk saya bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada wartawan Filipina, petik laporan AFP.

Sementara pesaingnya ialah lelaki berjangkut, Romeo John Ygonia yang meminta wartawan memanggilnya iblis.

"Saya bertanding atas arahan tuan saya," ujarnya.

Seperti kelaziman, senario ini selalu berlaku di Filipina, digelar sebagai calon pengacau, kehadiran mereka merupakan 'rencah' biasa setiap kali pilihan raya menjelang di Filipina.

Pilihan Raya Presiden bakal berlangsung pada tahun hadapan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI