awas ....sindikit gores dan menang tipu warga emas



Kuala Lumpur: “Saya nak buat apa dengan barangan yang begitu banyak, sampai 44 kotak semuanya. Orang itu janji nak jualkan semula kepada pembeli dari luar negara dengan harga tinggi dan bayar semula wang saya.

“Sampai sekarang semua kotak itu saya tak usik kerana saya tak mahukannya. Saya pula dimarahi ejen kerana membuat laporan polis. Saya hanya mahukan wang saya semula,” kata Musalmah, 65, warga emas yang diperdaya sindiket gores dan menang minggu lalu.

Kerugian RM250,000 hasil simpanan pelaburan, dia bukan saja bingung memikirkan kesilapannya yang mempercayai kata-kata manis wakil jualan, malah hatinya tersentuh setiap kali melihat puluhan kotak barangan yang disimpan di satu ruangan khas di rumahnya.

Katanya, semua 44 kotak terbabit mengandungi barangan elektrik antaranya periuk nasi, pembersih udara, penapis air dan mesin urut kaki yang dianggarkan bernilai ratusan ribu oleh sindiket terbabit.

Menceritakan pengalamannya, Musalmah berkata, dia didatangi dua lelaki muda yang menawarkannya peluang memenangi sebuah kereta mewah ketika berada di parkir kereta sebuah pasar raya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI