hukum minta perlindungan dengan Jin



Amat terkenal di dalam masyarakat orang-orang Melayu apabila masuk ke dalam hutan atau tempat-tempat yang dirasakan kononnya ada penunggu, mereka akan berkata “TABIK DATUK ANAK CUCU CICIT NAK TUMPANG LALU” dan sebagainya.

Ianya dikatakan sebagai meminta izin atau perlindungan daripada bangsa jin, bimbang-bimbang kalau diapa-apakan oleh mereka.

Cara seumpama ini sebenarnya sama dengan apa yang berlaku di zaman Jahiliah dahulu, iaitu apabila orang Arab pergi ke lembah atau tempat yang terpencil di padang pasir mereka meminta perlindungan daripada ketua jin di lembah berkenaan sebagaimana mareka memasuki rumah musuh mereka, maka mereka memohon perlindungan daripada golongan itu.

Jin apabila mendapati ada manusia yang memohon perlindungan kepada mereka maka bertambahlah pada diri mereka rasa sombong dan keangkuhan mereka. Sebaliknya bagi manusia ia bertambah dosa dan kesalahan kerana keyakinan mereka terhadap kuasa jin dan bukannya kepada pertolongan Allah.

Firman Allah SWT bermaksud : “
Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat” (Surah Jin : 6)

Al-Qurtubi menjelaskan di dalam tafsirnya, sesungguhnya orang yang pertama meminta izin daripada golongan ini ialah satu kaum daripaga orang-orang Yaman. Setelah itu puak-puak daripada Bani Hanifah, kemudian tersebar luas di kalangan bangsa Arab. Apabila datangnya Islam mereka bertukar akidah kepada memohon perlindungan daripada golongan jin kepada memohon pertolongan kepada Allah SWT dan meninggalkan memohan perlindungan kepada golongan jin itu.

Ibnu Kathir membawa kata-kata As-Suddii dalam perkara ini bahawa di zaman dahulu seorang lelaki keluar dari rumah menuju ke suatu tempat sambil berkata: “Aku berlindung kepada tuan lembah ini daripada bangsa jin sama ada hartaku, anak-anakku atau binatang ternakanku”

Sebenarnya apabila jin melihat manusia mereka merasa takut dan bertempiaran lari. Sebaliknya apabila mereka melihat manusia juga takut maka mereka akan membuat sesuatu terhadap manusia.

Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa memohon perlindungan kepada jin ini adalah kufur sebagaimana yang dikatakan oleh Said bin Jubair: “Bertambah kufurnya manusia itu apabila melakukan permohonan perlindunagan seumpama ini”.Maka perbaikilah iman dan amal ibadah kita andai hari-hari sebelum ini banyak sudah kita tersasar daripada landasan hidup bersyariat.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI