bior betul....lukisan dinding dilelong pada harga AS$209,000




SEBAHAGIAN daripada hasil seni karya 30 artis yang dilelong di California.

BEVERLY HILLS, California - Sebuah mural yang dilukis pada dinding batu sebuah stesen minyak di Hollywood lima tahun lalu telah dijual pada harga lebih AS$209,000 (RM665,115) dalam satu lelongan di sini.

Mural yang dilukis menggunakan teknik stensil itu dihasilkan oleh seorang artis seni jalanan Britain, Bansky.

Menurut akhbar Los Angeles Times, mural berjudul Flower Girl yang berukuran 2.7 x 2.4 meter itu dijual pada Khamis lalu.

Menurut akhbar berkenaan, ia merupakan sebahagian lelongan 100 karya seni visual yang dihasilkan oleh lebih 30 artis seni.

Lukisan tersebut dibeli oleh seorang pembeli misteri dari Los Angeles yang enggan dikenali.
Mural itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan memegang bakul.

Karya seni itu dijual oleh bekas pemilik stesen minyak di Hollywood, Eytan Rosenberg yang berhajat untuk mengumpul dana bagi membina sebuah kedai cuci kereta.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI