zahid dicabar dedah siapa penderma Arab RM2.6 bilion itu...tapi wa dah dapat dulu petunjuk yang zahid tak boleh nak sorok...kah kah kah



meh wa teka...penderma arab yang di syaki....ha ha ha ha ha

Ahmad Zahid Hamidi  di cabar  agar mendedahkan siapa penderma  istimewa  yang tergamak  menderma ke dalam akaun peribadi najib memandangkan beliau sebelum ini mengakui bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah itu

Timbalan perdana menteri yang baharu berkata, beliau sudah berjumpa dengan orang Arab yang memberi derma tersebut.

Jadi biar beliau buktikan orang Arab ini ada duit yang banyak untuk diberi kepada Malaysia dan banyak negara lain.

Negara mana. Dari mana sumber duit itu. Apakah perniagaan yang dilakukannya. Apakah nama bank yang digunakannya.

Tunjukkan akaun dia dalam bank, cek yang dikeluarkannya, khususnya wang AS$700 juta itu. Bank penerima bank sepatutnya memegang cek tersebut.

Segala maklumat tersebut sebenarnya boleh disahkan oleh pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development iaitu Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.

Namun Najib membubarkan pasukan petugas itu dengan memecat peguam negara, menghantar ketua SPRM bercuti dan menuduh Bank Negara membocorkan rahsia kerajaan..

Zahid pada 22 Ogos mengakui bertemu secara peribadi dengan wakil penderma dari Timur Tengah itu dan berkata sumbangan itu adalah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya bertemu dengan ketua pegawai pelaburan penderma itu dan saya juga bertemu dengan pemegang amanah dana itu

"Dia beritahu saya, negara tuan bukan satu-satunya negara yang kami salurkan sumbangan. Terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang kami beri derma," katanya.

Beliau berkata mereka membantu BN kerana komitmen kerajaan dalam menangani keganasan dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara ahli sunnah wal jamaah.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti penderma itu, hanya mengatakan mereka adalah "satu keluarga tertentu dari negara tertentu".

Pendedahan mengenai wang derma RM2.6 bilion itu pertama kali dilaporkan Sarawak Report pada awal Julai.






##



Lepas dapat jawatan timbalan perdana menteri, ini lah balasan kepada Najib....cerita yg dicipta beliau, orang gila pun tak percaya....

Taubatlah Zahid....

kalau najib bersalah zahid juga bersalah kerana bersubhat . kalau najib dihukum zahid juga kena hukuman yang sama . sekurang2 nya najib ada kkawan untok bersama memikul tanggong jawab yang dia buat

Dia cuma hendak yakinkan Najib yang dia adalah pecacai yang boleh dipercayai. Dulu dia kata akan mendedahkan pemimpin pembangkang yang jadi dalang kepada pencerobohan di Lahad Datu.

Dia mahu semua rakyat mengesyaki Anwar Ibrahim tampa perlu dia menyebut nama tersebut. Tapi sampai sekarang pun dia tak berani dedah siapa dalang itu. Namun jangan risau, dia cuma tunggu masa untuk ikut terjerumus bersama Najib.

Kalau si najib  takut bini ini jujur dah  patut terus sebut Nama Penderma itu atau ajak dia datang ke Malaysia , maka lenyaplah segala Tuduhan Dan tidak perlu melayan semua kritikan dan tuduhan.

Tetapi mungkinkah. Jawapannya semua orang tahu.


Tapi wa jangka...Penderma Arab tu adalah  errr kalau  "Aladdin"...Atau mungkin sedara " Ali Baba "  bernama sheikh jho low wal burid al rosmah  mansorr

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI