rumah mudah alih mewah dari caravan kasik



KARAVAN klasik ini telah diubah suai menjadi rumah mudah alih mewah untuk ke pelbagai destinasi.

COLORADO, Amerika Syarikat – Sebuah syarikat di sini telah mengubah suai sebuah karavan klasik menjadi rumah mudah alih yang mewah dengan reka bentuk hiasan terkini.

Kenderaan pada tahun 1965, Whale Tail atau turut dikenali sebagai Orvis Airstream itu dahulunya digunakan sebagai rumah tumpangan untuk memburu dan memancing di Tasik Goose, Oregon.

Bagaimanapun, selepas diubah suai, karavan berkilat dan klasik itu sedia untuk apa juga perjalanan.

Pokok Hickory semula jadi telah digunakan sebagai perabot dalam kenderaan itu, manakala lantai daripada pokok oak tua melengkapkan kepingan tembaga vintaj pada ruang udara untuk memasak.

Ruang makan pula dilengkapi dengan kerusi daripada kulit asli dan menawarkan pemandangan menarik melalui tingkap yang besar.

Dengan ruang yang terhad, bilik tidur utama pula direka lengkap dengan kemudahan simpanan tambahan di bawah tilam.

“Kenderaan klasik dengan kemasan mewah sebesar ini dijual pada harga sekitar AS$250,000 (RM1.05 juta) ” ujar Eksekutif Akaun syarikat Timeless Travel Trailers, Chris Gartenmann

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI