selamba lawan arus selamba ajer nak menempah maut...what ever mangkuk nih menyusah dan membahayakan keselamatan dirinya dan orang lain...!!!



PERBUATAN paling gila.. tidak tahu atas alasan apa seorang pemandu Perodua Myvi membahayakan pengguna lebuh raya apabila dengan selamba memandu dalam keadaan melawan arus.

Lebih ngeri, Myvi berwarna kelabu itu dipandu dalam kelajuan tinggi dan berada di laluan kanan.

Seorang pengguna lebuh raya yang dikenali sebagai Raymond Loh menerusi laman Facebooknya  mendakwa hampir terlibat dalam nahas kemalangan itu.

“Lebuhraya Utara-Selatan… peristiwa menakutkan terjadi,” tulisnya.

Bagaimanapun, Raymond yang pada awalnya memandu di laluan kanan sempat mengelak daripada bertembung dengan Myvi tersebut yang tiba-tiba datang dari arah depan.

Beberapa pengguna lebuh raya yang lain juga pantas mengelak Myvi berwarna kelabu tersebut.

Difahamkan, Raymond yang ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagaimanapun tidak ditimpa sebarang masalah.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI