Calon PRU Singapura Wajib Isytihar Sumber Dana Politik...Najib dan parti penyamun...ada..?....auta ada...duit derma rupanya di kebas dari 1 mdb..kah kah kah..!!!
SINGAPURA – Ketika parti pemerintah yang terpalit dengan pelbagai skandal dan rasuah di Malaysia masih berdolak-dalik lagi untuk telus mengumumkan sumber dana siasah mereka, lain halnya di Singapura yang sudah lama mewajibkan amalan murni tersebut.
Malah Jabatan Pilihan Raya Singapura (ELD) mengingatkan calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) republik itu pada bulan depan agar segera mengisytiharkan sumber dana politik mereka.
Dalam kenyataan sempena pembubaran rasmi Parlimen Singapura oleh Presiden Tony Tan Keng Yam pada Selasa, ELD berkata, setiap calon parti mesti mengemukakan Sijil Derma Politik dikeluarkan Pendaftar Derma Politik.
Kegagalan melampirkan sijil berkenaan pada hari penamaan calon 1 September ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Derma Politik 2001 sekali gus boleh menghilangkan kelayakan mereka menjadi calon PRU kali ke-17 itu.
Di bawah undang-undang ketat Singapura, calon termasuk badan siasah tempatan dilarang keras menerima derma daripada sumber yang enggan dinyatakan namanya dengan jumlah besar lebih daripada S$5,000 (RM15,065).
Namun setiap penyumbang dana boleh menderma dalam kadar kecil sehingga berjumlah S$10,000 (RM30,131) atau lebih dalam tempoh setahun tetapi wajib melaporkan kepada pihak Pendaftar Derma Politik di bawah ELD.
Calon juga perlu memiliki wang cengkeram sebanyak S$14,500 (RM43,691) dan menurut Akta Pilihan Raya, jumlah itu bersamaan 8 peratus daripada elaun yang dibayar kepada seorang Anggota Parlimen pada tahun lalu.
ELD turut mengumumkan sembilan pusat penamaan calon ditetapkan untuk 29 kawasan pengundian negara itu yang kali ini menawarkan 89 kerusi Parlimen; tambahan dua kerusi berbanding PRU ke-16 pada 2011 lalu.
Dijangkakan parti pemerintah, PAP bakal berdepan satu lawan satu dengan pihak pembangkang yang baru-baru ini mencapai persetujuan bersama untuk mengelakkan pertindihan sesama sendiri di kawasan tertentu.
##
parti pemerintah malaysia termasuk najib laki bini mana ada telur buat macam tu...yang konon kononnya di buat adalah ahli kabinet dia istihar kan dana kepada najib...serupa dengan penyamun istiharkan harta rompakan di depan ketua penyamun...kah kah
ada najib sendiri berani istihar depan rakyat...tak der bukan...balik balik dia suruh pembangkang istiharkan dana politik...sedangkan dah terang dan nyata dana politik pembangkang di sumbang individu atau syarikat yang bersimpati dengan pembangkang
macam budak sekolah terencat akal najib ni...kah kah kah
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI