ini jawapan bila PAS jadi golongan munafik....cakap tak serupa bikin...harap serban tinggi dan jubah labuh...iman...?...haprak..!!!

Nik Amar: Pas tangguh laksana hudud bimbang darurat



KOTA BHARU - Tindakan Kerajaan Kelantan menangguhkan pelaksanaan hudud di negeri itu, yang dirancang pada awal 1990an, kerana khuatir sejarah diisytiharkan darurat 1978 akan berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, atas pengalaman itu Kelantan mengambil langkah yang berhati-hati dalam melaksanakan sebarang undang-undang.

“Berdasarkan pengalaman (Pas Kelantan), Kita bimbang kalau teruskan usaha ini (laksana hudud) mungkin tindakan-tindakan yang tidak baik akan berlaku yang akan menjejaskan keseluruhan usaha kita untuk memperjuangkan Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Akibat krisis politik yang berlaku pada 1977 darurat diisytiharkan oleh Kerajaan Pusat.

Pemerintahan darurat itu ditarik balik pada 1 Januari 1978 dan pada 11 Mac 1978.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengirim surat rasmi bagi menjelaskan hukum hudud secara terperinci kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika zaman pemerintahannya, namun dibalas dengan surat amaran keras.

Sehubungan itu, Mohd Amar menegaskan, tidak perlu sebarang perbincangan kerana perkara utama yang perlu difokuskan merupakan soal pelaksanaan perundangan syariah berkenaan.

“Kita memang mengharapkan satu masa nanti masyarakat akan menerima hudud di Malaysia. Oleh itu kita sentiasa meneruskan penjelasan dan penerangan mengenai hukum hudud ini kepada rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai jawatankuasa khas teknikal bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud, Mohd Amar berkata, perbincangan kali kedua bersama anggota jawatankuasa bakal diadakan tetapi tarikh ia bergantung kepada ketetapan Pengerusi jawatankuasa, Datuk Ahmad Yakub yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan. -SH






##





Hudud telah dijadikan "tema" tidak rasmi Muktamar PAS ke 61 oleh kumpulan pro-ulama untuk membelasah dan mengenepikan kumpulan professional dari kepimpinan parti kononnya kumpulan professional menolak hudud.

Sedangkan hakikatnya kumpulan professional sudah sedia maklum bahawa hudud belum dapat dilaksanakan di dalam keadaan di mana rakyat negara belum memahami dan belum bersedia dengan hukum berkenaan. Ia juga menepati apa yang telah disebutkan oleh Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusof Al-Qardhawi yang dengan tegas menyatakan:Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud

Kumpulan pro-ulama bertegas mahu melaksanakan hudud kononnya dikatakan bahawa UMNO sudah sedia untuk menyokong RUU tersebut dan Bil Persendirian mengenai pindaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) tersebut dikemukakan. Namun dua kali ianya gagal dibentangkan kerana PAS telah berjaya dipermainkan UMNO.

Presiden PAS pernah menyatakan PAS rela kalah di dalam pilihanraya asalkan mendapat keredhaan Allah kerana melaksanakan hudud.




Disambut pula oleh kumpulan yang pro-ulama kononnya, kita hanya berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia. Kita hanya takut kepada Allah bukan kepada manusia.

Kini, jawapannya sudah pun jelas dan nyata sejak sekian lama. Kenapa PAS takut dengan darurat? Kenapa PAS bimbang jika darurat itu berlaku? Bukankah kamu sendiri yang menyatakan "hanya takut kepada Allah"?

Siapa sekarang yang menjadi munafik haraki? Label itu kini telah kembali kepada penuturnya!

Kumpulan professional tetap teguh dan istiqamah dengan pendirian bahawa kita tegakkan dulu kehidupan Islam seperti disarankan oleh Yusof Al-Qardhawi. Ia laksana membina sebuah rumah... dimana keadilan perlu ditegakkan terlebih dahulu di dalam negara dan kita perlu bersama Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas Putrajaya kerana dari situlah tercetusnya redha Allah dalam menegakkan hukum dan membangunkan masyarakat Islam.

Dan oleh kerana PAS telah memutuskan hubungan dengan rakan-rakan komponen dalam PR, maka kumpulan profesyenal yang istiqamah dengan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kezaliman, mencari wadah baru untuk meneruskan missi dan visi itu... maka tertubuhlah Gerakan harapan Baru, sebuah NGO sebelum nantinya muncul sebuah parti alternatif kepada PAS yang akan terus bersama PR.

Alahai Nik Amar..mcmanalah kamu boleh diangkat menjadi TMB?

Dengan kenyataan mcm tu, nampak sangat kamu...Menjual Agama untuk kepentingan diri sendiri!


Apakata  elokla pemimpin PAS duduk diam-diam dan jangan bagi statement. Selalunya bila buka mulut macam-macam benda busuk yang keluar. Elok duduk senyap kemudian tu senyap-senyap letak jawatan dan keluar parti. Agar parti boleh dijaga oleh orang yang cerdik. Kalau tidak duduk diam-diam dan bubar saja parti PAS. Lagi senang. Semua beres!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI