Sony Xperia C5 Ultra

Sony  memperkenalkan Xperia C5 Ultra, yang mana merupakan telefon pintar bersaiz 6-inci, dan hadir dengan kamera hadapan dan belakang 13-megapixel.

Xperia C5 Ultra ini selain membawakan rekaan skrin bersaiz besar, ia juga turut membawakan rekaan bezel tepi yang sangat nipis. Sony mengatakan ia menggunakan kerangka berasaskan aluminium, serta bahagian kerangka belakang yang sedikit melengkung untuk memberikan keselesaan pada tangan.

Dengan skrin bersaiz besar ini, mod khusus untuk penggunaan sebelah tangan turut disertakan pada Xperia C5 Ultra ini.

Seperti keluarga Xperia C sebelum ini, Xperia C5 Ultra ini turut memfokuskan kepada rakaman selfie, dan Sony turut menyertakan beberapa mod khusus untuk rakaman gambar selfie dalam keadaan yang jelas dan terang menggunakan sensor hadapan 13-megapixel. Kamera hadapan juga turut dilengkapi dengan fungsi rakaman lebar/luas untuk membolehkan anda merakamkan lebih ramai orang dalam suatu gambar yang sama. Xperia C5 Ultra turut menggunakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini dilengkapi dengan cip pemprosesan lapan-teras 1.7Ghz 64-bit, bateri berkapasiti 2930mAh, dan turut hadir dengan sokongan ClearAudio untuk membolehkan anda menikmati multimedia dengan lebih puas pada skrin 6-inci ini.

Sony masih tidak mengumumkan lagi mengenai perancangan mereka untuk membawa masuk peranti ini di pasaran Malaysia.










maklumat lanjut   di sini ...sony xperia c5 ultra

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI