najib tipu last minit...RM2.6 bilion dalam akaun Najib adalah duit derma, bukan 1MDB...duit derma..? billion pulak tu ..? orang giler mana menderma tanpa minta imbalan atau negara ini kena gadai lagi...najib ooiiii...!!!

RM2.6 bilion dalam akaun Najib derma, bukan 1MDB, kata SPRM



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin  cuba coverline najib dengan  mengatakan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan sumbangan penderma.

Kononnya  Ia bukan dari syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwa pihak tertentu, kata  SPRM  dalam satu kenyataan.

"Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

"Hasil siasatan mendapati, dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik perdana menteri adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB," kata SPRM.

Ia juga menerangkan, semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokuskan ke atas isu berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd dan kemasukan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib itu.

Manakala, pihak Polis Diraja Malaysia pula katanya, menjalankan siasatan berkaitan dengan 1MDB, sementara Bank Negara Malaysia menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Awal bulan lalu The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di antara agensi kerajaan, bank dan entiti yang berkaitan dengan 1MDB dan berakhir di akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.

Najib menafikan dakwaan itu dan mendakwa ia konspirasi politik pihak lawan termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi WSJ menegaskan siasatan mereka berlandaskan dokumentasi kukuh.

Pasukan petugas khas itu sebelum ini dilapor membekukan 6 akaun bank termasuk milik SRC International, bekas anak syarikat 1MDB yang kini milik Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, SPRM dalam kenyataannya itu  berkata, siasatan pihaknya berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan.

Laman web Sarawak Report pada awal bulan lalu juga melaporkan RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib dari SRC International yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

SPRM sekaligus memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional, serta mengharapkan semua pihak bersabar dan memberi ruang kepada SPRM menjalankan siasatan dengan menyeluruh....

## 

boleh percaya ke..? anak rosmah riza aziz  beli kondo dan buat filem lucah  di new york...SPRM buat apa..?...tiba tiba tiada kuasa...kes  yang ini serupa ajer....

 SPRM= SANDIWARA  PERBODOHKAN  RAKYAT  MALAYSIA...!!!




SPRM kata tiada kuasa dakwa pembelian kondominium mewah anak Rosmah di New York 


Mengenai siasatan polis ke atas pegawai SPRM, ia berkata, pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya.

Agensi itu turut mengulangi tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan, tetapi mereka semata-mata hanya menjalankan tugas dan fungsi sebagai suruhanjaya yang bebas.

"Sebagai suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional, tanpa pilih kasih dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

"SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan," katanya, menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.

Tidak mustahil isu pemindahan wang daripada 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri akan ditutup kerana didapati tiada unsur rasuah...

## 

money laundering..? or else..?RM 2.6 biilion  ?...banyak tu ...wajib siasat...ada tokeh   judi   terlibat..? atau...maruah negara di gadaikan..?so nak tanya kalau ada anak raja menderma ...anak raja mana..?...raja kapoorrr...atau raja kelentong...?

Tndakan Najib membangkitkan semula isu pembiayaan politik adalah usaha tersusun mengalihkan fokus daripada 1MDB, seperti ada cubaan tersusun oleh pimpinan Umno untuk membawa isu baru iaitu pembiayaan parti-parti politik







##




Derma wak lu.....dari derma ke najib, bagus derma ke masjid/surau/ anak yatim. Mcm sial kalau dah kantoi.....

Kenape senyap aje trooper umNO..??? Bila PP dan S'gor bagi org tua 60 thn keatas, wang saku RM 60/setahun, mereka cakap rezeki sumbangan dari sumber tak halal. Yg ni pulak dapat 2.6 Billion sebahagian dari Genting, tak bising pun....HALAL KE..?!!!

Kalau betul derma, kenapa  Najis tu  tak    bagitau sendiri dari  awal. Kenapa  mesti ade siasatan. Kalau ade siasatan maknanye ade yang xtak  betul. Najis  dari  awal tak  cakap pun duit tu duit derma. Buang mase jela SPRM dok siasat. Ape punye badan yang konon ngaku profesional. Mcm budak sekolah menengah punye cite.

Agaknya dah kena pulas telor dengan rosmah SPRM spin ini celita...!!


Skrip dah siap...nanti tv 31/2 siar tak lama lagi.. hai.... takde ke orang gila nak derma kat aku billiun2 RM ni.

Kalau  dah  terima wang sebanyak itu dari luar negeri.. ada kemungkinan negara tergadai.

Siapakah orang asing akan memberi wang berbillion tanpa mendapakan menafaat? atau tokeh judi mudah perolehi kontrak lesen judi  kot..?


Lagi satu  ini pun benggong jugak...  pada awalnya cakap memang tak ada duit masuk akaun peribadi, sampai nak sue WSJ tapi sekarang cakap memang duit itu ada masuk.
Betul-betul Kasi pusing RAKYAT.



kita kena ingat...


Najib adalah perdana menteri

Najib adalah menteri kewangan

Najib adalah pengerusi penasihat 1MDB bermodal RM1 juta, buat pinjaman sehingga RM42 billion. Berbagai jenis siasatan dilakukan tapi semuanya kelentong saja.

Sebahagian kerugian dan hutang syarikat itu dibayar oleh rakyat Malaysia. Keuntungan syarikat itu entah siapa yang samun.

Najib yang terima dan menyimpan wang RM2.6billion kedalam akaun peribadinya tanpa bantahan.

Tetiba Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengatakan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan sumbangan penderma. Siapa penderma itu ?

Apakah Pasukan Petugas Khas ditubuhkan itu melihat rakyat Malaysia seperti OKU....orang kurang upaya dan tidak mampu berfikir bagi membezakan antara Najib sebagai penipu dengan SPRM sebagai pembohong ?

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI