tembelang sudah pecah ...mana mau lari pak menteri....arrr....ngaku ajerlah.....atau semakin dimakan sumpah laknat dan timpa haramjadah bertalu talu....!!!




Satu memorandum memohon penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan salah guna dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)   telah diserahkan Pemuda Gerakan Harapan Baru (GHB) kepada yang DiPertuan Agong

Memorandum itu antara lain mencadangkan agar dua bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Muhamad dan Tun Saleh Abas, mengetuai siasatan ini.

Sesi penyerahan memorandum ini diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi GHB yang juga Ahli Parlimen Kulai, Dr Mohd Hatta Ramli sekitar pukul 11 pagi kelmarin

Dr Mohd Hatta berkata, langkah itu adalah bagi menyiasat kebenaran di sebalik dakwaan yang dibuat media antarabangsa, Wall Street Journal bertarikh 2 Julai lalu.

Memorandum diserahkan kepada Pegawai Istana, Zainal Din.

GHB adalah merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 16 Jun lalu dan dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu

Dengan  memikirkan keadaan negara kita yang bertambah buruk dari hari ke hari. Institusi dan instrumen negara seakan hilang integriti dan jati diri berhadapan dengan kemelut pemimpin politik.

Namun masih ada sisa keberanian atas kebenaran demi negara. walaupun ianya masih di sangsikan dengan keupayaan dan ketelusan menanggani masalaah ini

Duduknya empat peneraju dari Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, PDRM dan SPRM untuk bersama mengeluarkan kenyataan yang begitu ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia

Kenyataan TS Zeti selaku Gabenor Bank Negara amat dinantikan atas isu penyaluran dana dan akaun-akaun yang didakwa - yang menjadi bidang tugasnya. Bank Negara seakan mengizinkan kesalahan dilakukan atau orang tertentu dizalimi dengan tuduhan yang tidak benar.

Ketelusan dan keteguhan menjunjung kepentingan negara dibimbangi dikorbankan kerana pihak yang terlibat adalah Ketua Eksekutif Malaysia.

Hari ini, kita  menyambut kenyataan bersama ini. Ia menunjukkan tindakan-tindakan telah diambil dalam tempoh sebulan yang lalu.

Bagi mana-mana yang terlibat dengan akaun-akaun yang dibekukan, jika anda merasa ada kesalahan telah dilakukan, usahlah mengambil masa yang panjang untuk tampil mengakui kesalahan itu dengan apa jua cara untuk mengelakkan negara menanggung krisis yang berpanjangan.

Tiga daripada 6 akaun bank yang dibekukan oleh pasukan petugas khas semalam dimiliki Datuk Seri Najib Razak, ketika siasatan diteruskan terhadap kes wang berbilion ringgit didakwa dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

2 daripada akaun itu ialah daripada Ambank dan Affin Bank.

Pembekuan itu berlaku selepas laporan The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa  sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat-syarikat berkaitan 1MDB didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Terdahulu  satu kenyataan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan pasukan yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang itu kini membekukan 6 akaun bank dengan perintah pembekuan dikeluarkan kelmarin 

Pasukan berkenaan turut mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun daripada 2 buah bank bagi membantu siasatan.

Pasukan itu juga mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Tindakan pihak berkuasa itu dipercayai berkaitan dengan laporan WSJ itu serta laman pemberi maklumat Sarawak Report yang mendedahkan mengenai pemindahan wang berbilion ringgit ke akaun-akaun peribadi Najib. 

Pada Sabtu, Gani dilaporkan berkata, pasukan itu sedang meneliti dokumen yang diambil dalam serbuan di premis pejabat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd. 

Tiga syarikat itu juga dinamakan oleh WSJ dalam laporannya.

Najib setakat ini menafikan tuduhan itu, mengatakan ia helah politik dirancang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang selama ini berusaha mahu menyingkirkan beliau.

Akhbar terbitan New York itu bagaimanapun bertegas mengatakan laporan mereka dibuat berdasarkan dokumentasi yang kukuh.




##




Pendedahan dokumen oleh WSJ sebagai bukti wujudnya aliran wang ke akaun peribadi Najib, ia merupakan satu tamparan keras untuk Najib  turun sebagai Perdana Menteri. Apatah lagi dengan kenyataan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyatakan pasukan yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang itu kini membekukan 6 akaun bank dengan perintah pembekuan dikeluarkan semalam.

najib blh ambik harun din jadi saksi pembela dia. sebb harun din tk percaya najib lakukan jenayah ini.
harun din sanggup ke masuk mahkamah bela najib?harun + hadi = baru 2 og saksi, nk lagi 2 org saksi
 mcm kes liwat yg perlukan 4 saksiini adalah masanya saifool kena balas budi najib. persiapkan bontot anda dgn apa cara pun janji dpt membuktikan najib tk bersalah.

jgn jadi  kacang hantu yg lupakan kulit biawak bro saifoolbawalah semua seluar dlm, botol plastik, berus gigi, spender melekit dan karpet terbang ke mahkamah untuk membela najib

ohhh jgn lupa , najib mesti minta tolong peguam safee yg hebat tu, pasti memang walaupun ada 'penetrasi' wang ke dlm akaun najib.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI