haram tonton TV Waktu Maghrib hingga Isyak ....ehem....tapi di jawa barat ajer yer...!!




KETUA daerah Purwakarta di Jawa Barat, Dedi Mulyadi mengarahkan televisyen ditutup ketika waktu Maghrib bagi membolehkan kanak-kanak melakukan amalan solat berjemaah, belajar agama dan mengaji al-Quran.

Ini berikutan, amalan tersebut semakin ditinggal dan diabaikan dipercayai berpunca daripada siaran program televisyen yang tidak membawa sebarang manfaat.

Difahamkan, larangan tersebut berkuat kuasa pada waktu solat Maghrib sehingga solat Isyak.

“Ketika ini, budaya solat Maghrib berjemaah, membaca al-Quran dan belajar agama mulai Maghrib hingga Isyak sudah banyak ditinggalkan.

“Semuanya berpunca daripada program televisyen yang tidak berguna pada waktu Maghrib yang menyebabkan kanak-kanak tidak mahu mengamalkannya,” kata Dedi Mulyadi.

Tambahnya, bulan Ramadan adalah waktu yang paling sesuai menguat kuasa larangan tersebut kerana umat Islam digalakkan meningkatkan amal ibadat sepanjang bulan suci itu.

Pada masa sama, arahan ini telah pun dibawa kepada pemimpin masyarakat, ketua mukim dan ketua kampung.

“Saya mengarahkan mereka mempromosikan larangan tidak menonton televisyen mulai waktu Maghrib hingga Isyak,” jelasnya.

Bagaimanapun, pelaksanaan larangan ini masih kurang jelas kerana tidak termaktub dalam undang-undang.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI