sejak bila nik bodoh di lantik PAS tolol jadi jurucakap orang yang dah mati...nampak sangat nipunya...orang dah mati tak boleh bangun jawab bro.!!!




Tindakan PAS yang memutuskan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP dalam pakatan pembangkang adalah satu keputusan yang betul dan selaras dengan kehendak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata bapanya yang juga bekas Mursyidul Am PAS pernah menyatakan pandangan akhir di mana jika ingin berpecah biarlah DAP yang memulakannya terlebih dahulu.

"Dia pesan kepada saya jangan berpecah dengan DAP sehingga DAP sendiri buat keputusan untuk kerat (putus) dengan PAS, harapannya kalau terpaksa berpecah biarlah DAP yang mulakan dahulu dan itu berlaku.

"Oleh itu, saya yakin apa yang saya pegang adalah pandangan saya dan pandangan bersama ayahanda sebab saya orang yang paling dekat dengan dia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kota Baru, kelmarin

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan bahawa hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal namun pihaknya masih mengekalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Dalam perkembangan lain, Nik Mohamad Abduh berkata pihaknya akur sekiranya terdapat anggota PAS yang membuat keputusan untuk menyertai parti Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) ataupun DAP.

"Yang buat keputusan untuk berpindah kita alu-alukan dan ucapkan selamat tinggal kepada mereka sama ada untuk sertai Harapan Baru atau sertai DAP.

"Kepada mereka yang masih keliru harapnya beri masa... lihat, dengar dan berfikir. Saya nasihat kekal istiqamah dengan PAS," katanya.

Nik Mohamad Abduh berkata beliau yakin bahawa pimpinan baharu PAS ketika ini berupaya untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi parti itu dalam masa terdekat.

"Saya yakin kepimpinan baharu cukup tenang untuk selesaikan isu-isu, sebagai contoh tidak ada tindakan drastik terhadap anggota yang berkasar dengan kepimpinan baharu meskipun banyak keputusan pelik dibuat ketika ini, pimpinan baharu itu lebih tenang," katanya.

Kelmarin, beberapa bekas pemimpin kanan PAS melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Pengerusi jawatankuasa penajanya, Mohamad Sabu berkata gerakan itu akan menjadi wadah bagi menyatukan semua parti politik di bawah naungan Pakatan Rakyat sebelum ini serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sealiran dengan ideologi mereka.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata pemimpin yang berada dalam GHB sebenarnya takut kerana masih menjadi anggota PAS.

"Kalau betul nak tubuh parti baharu, letak lah jawatan dan keluar daripada PAS dahulu... baru orang yakin dengan tindakan mereka," katanya.

Beliau berkata kononnya dari sudut komposisi dan perjuangan GHB dan PKR hampir sama dan ia tidak akan memberi nilai tambah dalam pakatan pembangkang





##




sejak bila si bodoh nie jadi jurucakap  orang dah mati...masa hayat  almarhum ayahnya  tak berani  menyanggah pesanan ayahnya...bila dah mati boleh putar kata kata almarhum  ayahnya.

mentang mentang orang dah mati tak boleh bangun  menjawab  putar alam yang di uatarkan oleh si anak derhaka ini .

kalau almarhum ayahnya masih hidup pasti  sedih mendengar  putar belit anak  derhaka ini.sanggup peralat kan nama baik almarhum ayahnya...

wa nak ingatkan  Nik Abduh, Nik Amar jangan gunakan nama Almarhum TGNA kalau 'tergila-gilakan' Umno?...

Dua orang ni memang sering saling nyambut menyambut. Apa sahaja yang dikatakan oleh salah seorang mereka, yang seorang lagi pasti akan turut menyokong. Dan masing-masing mahu menggunakan nama Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang telah tiada.

Dua orang ni cuba nak memperbodohkan orang ramai. Mereka seolah-olah mahu menyatakan bahawa apa yang Allahyarham sampaikan kepada orang ramai sebelum ini supaya kita jangan berbaik-baik dengan Umno, jangan bagi nyawa dengan Umno yang sedang lemas nak tenggelam ....itu semua lakonan dan pembohongan Allahyarham kepada kita?

Apakah mereka ingat, Almarhum tidak perlu menyampaikan amanat tersebut yang sangat bertentangan dengan pesanannya yang sebelumnya kepada kita semua?  Kenapa mesti melalui dua mangkuk ini? Apa istimewanya dua mangkuk ini selain memang terkenal tergila-gilakan nak cium bontot Umno!

 Sebelum ini Nik Amar antara lain menyatakan :

"Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa PAS sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.

"Kenapa isu ini perlu dibangkitkaan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan Persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga hubungan itu sudah terjalin



inilah  idea 2 ekor  lebai tolol  yang  tergila gila nak cium bontot UMNO...!!!



Amanat Nik Aziz Mahu PAS Berbaik Dengan UMNO, Kata TMB Kelantan



KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa bekas Mursyidul Am PAS, Allhahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah meninggalkan amanat supaya ahli PAS tidak mengkritik UMNO, lapor Berita Harian.

Mohd Amar dilaporkan berkata, Nik Aziz juga meminta supaya ahli PAS mewujudkan hubungan baik dengan UMNO bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di depan kira-kira 3,000 orang pada Majlis Penerangan Hudud di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, malam tadi.

“Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa PAS sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.

“Kenapa isu ini perlu dibangkitkan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga, hubungan itu sudah terjalin.

“Perlu ingat, Umno mempunyai kunci besar dalam kerajaan. Jadi, tidak perlu pertikaikan isu hubungan baik PAS dengan kerajaan Persekutuan, sebaliknya beri keyakinan kepada pimpinan PAS, kerana apa yang kita mahu lakukan ini untuk kebaikan rakyat,” Mohd Amar dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

Bulan lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) yang mendapatkan sokongan sebulat suara semua Adun termasuk dari UMNO. – Awani




Nik Abduh Akui Berbaik Dengan Umno Amanat Terakhir Nik Aziz



Kuala Lumpur – Ahli Jawatankuasa pusat PAS, Nik Mohamad Abduh hari ini mengakui turut menerima amanat daripada bapanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud.

Nik Abduh berkata, sebelum meninggal dunia, allahyarham berpesan kepadanya bahawa kerjasama dapat dilakukan antara PAS dengan Umno dalam usaha memartabatkan agenda Islam.

Bagiamanapun, tegas ahli Parlimen Pasir Mas itu kerjasama tersebut bukan dalam semua isu.

“Ayah pun sebut begitu tetapi jangan salah faham ini bukan kerjasama PAS dengan Umno dalam semua isu.

“Saya akui ayah cakap sendiri di depan saya bahawa untuk melaksanakan hudud dan apa-apa agenda Islam kita boleh bersama dengan Umno demi membawa agenda Islam lebih baik.” kata Nik Abduh lapor Utusan Malaysia.

Justeru, katanya, tidak mustahil bapanya turut menyampaikan amanat sama kepada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Merujuk ucapan Mohd Amar dalam satu majlis ceramah penjelasan isu hudud yang diadakan pada 1 April lalu di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan ahli PAS diingatkan agar tidak mengkritik Umno kerana parti Melayu itu merupakan pihak yang perlu berurusan bagi membolehkan hasrat kerajaan negeri tercapai.

Malah, Mohd Amar dilaporkan berkata Nik Aziz meminta beliau dan ahli PAS menjalinkan hubungan baik dengan Umno serta tidak mengkritik parti itu.

Ini kerana pihaknya perlu berurusan dengan Umno mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun, Mohd Amar tampil menafikan laporan tersebut dan berkata berita itu “tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah.”

“Merujuk tajuk dan laporan Berita Harian Jumaat 3 April 2015 yang memetik kenyataan saya berkenaan ‘amanah Tok Guru Nik Aziz’.

“Dukacita dimaklumkan laporan akhbar tersebut adalah tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah,” katanya dalam satu posting di laman Facebook miliknya.

Kerajaan negeri Kelantan bulan lalu meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) yang mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk dari Umno dan PKR.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan kerajaan negeri Kelantan melaksanakan peraturan syariah itu.

Sekiranya pindaan akta itu diluluskan dengan mendapat sokongan majoriti mudah ahli Parlimen, Kelantan sudah boleh melaksanakan 4 daripada 6 peraturan syariah yang dicadangkan.

Kerajaan negeri PAS Kelantan kini berpatah arang, berkerat rotan apabila menjadi sasaran kritikan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR yang berkeras membantah pelaksanaan hukum itu meskipun ia tidak melibatkan bukan Islam.

SUARA TV





dan ini pesanan almarhum ayahnya....besarnya kelentong  si nik  bodoh nie...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI