pencuri telefon pintar di sanjung vs KPN yang pembohong = sandiwara UMNO alih isu semasa...?
9:08 PG
berita
,
dalam negeri
,
hero
,
KPN pembohong
,
kuala lumpur
,
pencuri
,
plaza low yatt
,
rusuhan
,
sanjung
,
telefon pintar
Edit
mengaku tidak bersalah....ehem...di sanjung macam hero pulak...dah rembat hak orang bulan posa...
PEGUAM bela yang mewakili suspek kes kecurian telefon bimbit di Plaza Low Yat, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz kelmarin tampil memberi kenyataan sidang media di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai penipu apabila memberikan maklumat yang tidak benar berkaitan kes anak guamnya.
Menurutnya, Khalid dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu bahawa terdapat dua suspek yang mana seorang lagi dilaporkan membuat cerita palsu.
Sebaliknya, Khairul Azam berkata dia dimaklumkan oleh anak guam bahawa hanya seorang sahaja yang naik ke tingkat dan bukannya dua.
Nah anda baca sendiri kenyataan yang dikongsikan Khairul Azam menerusi laman Facebooknya.
Peguam bela ini turut mempertikaikan kredibiliti pihak polis apabila pemimpin tertinggi pasukan keselamatan negara itu mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang awam selain mengeluarkan kenyataan bohong.
Suspek, seorang penggangur kelmarin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jalan Duta atas tuduhan mencuri sebuah telefon bimbit, Sabtu lalu.
Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada 4.47 petang, 11 Julai lalu.
Majistret Nur Aminahtul Mardiah Noor Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 14 Ogos untuk sebutan semula.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI