budak jumpa kamera rahsia dalam tandas starbuck

SEORANG budak lelaki berusia lima tahun menjumpai sebuah kamera tersembunyi dalam tandas di sebuah outlet Starbucks di Lancaster, California, Amerika Syarikat.

Kanak-kanak itu menjumpai telefon bimbit yang diaktifkan aplikasi kamera dan video bertujuan untuk mengintai pengunjung rangkaian coffee shop popular tersebut.

Kanak-kanak itu terperasan tentang telefon bimbit tersebut ketika sedang menemani ibunya yang membuang air kecil di tandas.

“Saya perasan anak saya memandang pada bahagian bawah sinki dan saya tanya dia kenapa, dia beritahu ada telefon bimbit di bawah sinki dalam tandas yang kami gunakan.

“Perkara ini telah melanggar hak privasi individu, bukan saya sahaja sebaliknya anak saya turut jadi mangsa,” kata wanita tersebut.

Tak dapat dipastikan sudah berapa lama aktiviti terkutuk itu dijalankan dan pihak berkuasa kini sedang menyiasat sama ada terdapat live streaming yang menunjukkan aktiviti-aktiviti pengunjung dalam wash room berkenaan.

Seorang wakil pengurusan Starbucks berkata, pihak mereka berasa sangat kesal dengan insiden tersebut dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi menjaga keselamatan pekerja serta pelanggan mereka daripada dicerobohi individu tidak bertanggungjawab.




About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI