hati hati dengan penyerang sakit mental ini...



WARGA Johor Bahru terutama yang tinggal di sekitar kawasan Taman Desa Jaya, Ehsan Jaya, Desa Cemerlang dan Johor Jaya dinasihatkan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa individu dipercayai kurang siuman yang mempunyai kecenderungan mencederakan mangsanya.

Terbaharu, seorang kanak-kanak yang dalam perjalanan pulang dari sekolah agama dilaporkan telah dipukul secara tiba-tiba oleh individu tersebut di bahagian kepala, semalam.

Sejurus mencederakan mangsa, suspek segera melarikan diri dengan motosikal.

Kejadian ini dikongsikan abang mangsa sendiri menerusi status di laman Facebook.

Akibatnya mangsa, Mohd Hakim terpaksa dikejarkan untuk mendapat rawatan perubatan dan menerima tiga jahitan di belakang telinga. Kesian…

Abang mangsa yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Taman Desa Cemerlang mendakwa dimaklumkan, kejadian menimpa adiknya itu bukan kes pertama.

Apa yang membahayakan, suspek yang masih belum dapat ditangkap itu dikatakan gemar mencederakan kanak-kanak terutama yang berpakaian seragam dan sedang berjalan kaki pergi atau pulang dari sekolah.

Diharapkan suspek ‘mental’ ini dapat diberkas dengan segera dan sementara itu, ibu bapa diseru agar memastikan keselamatan anak-anak dengan tidak membiarkan mereka berjalan seorang diri.








About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI