India haramkan penjualan mi Maggi....malaysia bila lagi...?




SEORANG peniaga mengangkat kotak yang mengandungi mi segera keluaran Maggi di kedainya di New Delhi semalam berikutan arahan menarik penjualan makanan segera tersebut

NEW DELHI – Produk mi Maggi ditarik balik di pasar-pasar raya di negara ini selepas ujian mendapati makanan segera tersebut mengandungi logam plumbum yang melebihi had dibenarkan.

Sekurang-kurangnya 10 negeri di India telah mengarahkan penarikan semula penjualan Maggi dan akan menjalankan ujian lanjut kepada sampel mi berkenaan sebelum mengambil tindakan terhadap pengeluar makanan tersebut, Nestle India Ltd.

Jualan Maggi telah menjunam di negara itu sejak ujian makmal membuktikan mi tersebut mengandungi plumbum dan penambah rasa kimia monosodium glutamate atau MSG pada tahap yang lebih tinggi daripada had yang dibenarkan.

Kelmarin, pihak berkuasa di New Delhi memberitahu, ujian terhadap 13 sampel mi keluaran Maggi mendapati 10 daripadanya tidak selamat kerana mengandungi plumbum berlebihan.

Ekoran itu, kerajaan India memutuskan untuk memfailkan kes terhadap syarikat tersebut dan semalam berlangsungnya mesyuarat rasmi Nestle India yang merupakan anak syarikat kepada Nestle SA yang berpangkalan di Switzerland.

Nestle India berkata, mi tersebut selamat untuk dimakan sekiranya tahap plumbum adalah pada had yang dibenarkan.

“Kami sentiasa memantau semua bahan mentah yang mengandungi plumbum dan mengadakan ujian di makmal bertauliah secara konsisten bagi memastikan kandungan dalam mi Maggi tidak melebihi had yang dibenarkan,” kata Nestle India dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal minggu ini


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI