kantoi makan sandwic babi...kena penjara 11 hari






SEORANG tentera Israel kelahiran Amerika Syarikat dikenakan hukuman penjara selepas ditangkap menjamah sandwic babi.

Perlakuan tersebut dilaporkan berlaku ketika individu itu sedang menjalani latihan di Jurusalem, Israel.

Akibat tindakannya itu, Mahkamah Tentera telah mengenakan hukuman penjara 11 hari terhadapnya.

Namun, nasib menyebelahi si pesalah apabila hukuman penjara telah digantikan dengan hukuman berkurung, setelah seorang ahli parlimen menulis surat rayuan kepada Menteri Pertahanan tentang ketidakpuasan hati ahli keluarganya.


Menurut perundangan, kesemua anggota tentera perlu mengamalkan cara pemakanan mengikut hukum Kosher iaitu kepercayaan Yahudi.

Askar tersebut dilaporkan berasal dari Boston, Amerika Syarikat dan baru sahaja memulakan khidmatnya dalam unit ketenteraan di situ.

Dia mengakui tidak mengetahui hukum pemakanan di Israel, dan hanya memakan apa yang dibekalkan oleh neneknya.

Di pihak pentadbiran tentera pula, mereka berkata, askar tersebut telah melanggar peraturan, dan seorang komander berpendapat, dia sepatutnya dikenakan dengan tindakan disiplin yang setimpal

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI