ini yang syaitan UMNO mahu....pemuda PAS tunjuk perangai syaitan pertahankan wala kepada ulamarmak yang condong kepada syaitan yang di kenali ( UMNO )



betul tu...yang wa nampak PAS ganti perangai UMNO....PAS TOLOL...kah kah kah

Perwakilan Pemuda PAS Johor membangkitkan isu walak (taat setia) yang didakwanya diamalkan secara terpilih dalam parti Islam itu. 

Syafiq Aziz mempersoalkan mengapa terdapat segelintir ahli yang hanya walak kepada individu tertentu tetapi tidak kepada pemimpin sayap kanan parti itu Suhaizan Kaiat.

"Mutakhir ini timbul masalah tarbiah contohnya yang berlaku ialah walak yang terpilih. Kita tak walak pada keputusan parti tetapi kita boleh walak pada individu tertentu.

"Sebagai contoh, kita semua dalam dewan muktamar ini bersetuju untuk walak kepada presiden, tetapi kenapa dalam konteks Pemuda, kita tidak walak kepada ketua pemuda dan saf pimpinannya hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar ketua pemuda di Muktamar Pemuda PAS kali ke-56 di Shah Alam kelmarin.

Kenyataan yang dibuat Syafiq itu mendapat "boo" dari pemerhati serta perwakilan sehingga menyebabkan Timbalan Pengerusi Tetap Dr Ridhuan Mohd Noor meminta supaya semua orang bertenang. 

"Bertenang," kata Ridhuan.

Suhaizan dicabar anak ikon ulama PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sepenggal mengemudi dewan itu, beliau dilihat berdepan cabaran besar mempertahankannya kali ini susulan kebangkitan arus besar kumpulan proulama dalam PAS.

Pertikai bacaan al-Quran Suhaizan

Sementara itu, perwakilan Pemuda PAS Terengganu pula menegur bacaan al-Quran Suhaizan sebelum melaungkan slogan perjuangan.

"Perbetulkan bacaan al-Quran sebelum melaungkan perjuangan. Jangan ambil mudah bacaan al-Quran. Bacaan al-Quran ini pun tidak diperhalusi jadi di mana wawasan rabbani, fakih dan haraki yang diutarakan?" kata Raja Arizal.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh perwakilan Selangor Mohd Zuhdi Mat Piah.

"Saya tak minat nak kritik dalam Facebook tetapi saya nak kritik di sini, di muktamar. Sepatutnya ucapan itu dibaca berkali-kali dan dirujuk dulu dengan mereka yang mahir terutamanya kalimah yang menggunakan bahasa Arab.

“Saya minta maaf dan saya tak nak ia berulang dan disebut di media sosial di luar sana. Kita sebut di sini (muktamar),” katanya.


PAS: Suhaizan Kena "Boo" Beberapa Jam Sebelum Pemilihan Pemuda

Kurang 12 jam sebelum berlangsungnya proses pemilihan parti, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dilihat ‘kurang bernasib baik’ apabila di’boo’ sekumpulan lelaki, dipercayai pemerhati muktamar sayap parti itu. Respons tersebut diterima ketika penyandang jawatan yang bakal bertanding mempertahankan kerusi itu berada di pentas bagi memberi penjelasan berhubung isu dan perkara yang dibangkitkan perwakilan melalui perbahasan di Muktamar Pemuda PAS ke-56, malam Selasa. 

Suhaizan tampil selepas dijemput oleh Pengerusi Tetap, Kamal Ashaari untuk menjawab pertanyaan yang dibangkitkan beberapa perwakilan berkaitan dirinya dan isu kepartian. 

Antara yang dipersoalkan adalah sejauh mana Suhaizan, atas kapasitinya sebagai ketua sayap parti itu mengadakan perbincangan dengan DAP yang dilihat semakin lantang menentang hudud dan menyerang kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Perasaan ‘kurang senang’ dengan Suhaizan dapat dilihat sebaik sahaja beliau naik ke pentas apabila kedengaran suara-suara, dipercayai pemerhati yang ditempatkan di dewan berasingan. 

Keadaan masih tenang apabila Suhaizan menjawab satu demi satu persoalan, termasuk mengenai pendirian konsisten DAP berkaitan hudud.

Kemuncak ketidakpuasan hati itu ditunjukkan kumpulan tersebut apabila kedengaran dengan jelas - "boo" ketika beliau menyatakan pendirian bahawa Pemuda PAS mengangkat idea dan kepimpinan Hadi. 

Tidak cukup dengan "boo", ada juga terselit suara yang melaungkan perkataan ‘penipu’, ketika beliau memberi penjelasan. 

Pada pemilihan parti yang berlangsung pada pagi Rabu, Suhaizan dicabar calon yang bukan calang-calang iaitu Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dilihat mempunyai pengaruh besar kepimpinan bapanya yang juga bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Sebelum ini Suhaizan dilihat lebih mesra Pakatan Rakyat namun situasi itu mungkin berakhir jika Nik Abduh berjaya merampas kedudukan tersebut. 

Berbanding Suhaizan, Nik Abduh lebih lantang mengkritik kepimpinan DAP dan PKR khususnya dalam mempertahankan prinsip perjuangan parti Islam itu termasuk yang terbaharu berkaitan pelaksanaan hudud.






##




Susah jugak nk pertahankan presiden yg kaki tuang mesyuarat,buat keputusan veto di luar mesyuarat,overule keputusan mesyuarat ajk,tuduh orang edar pil kuda,perlekehkan kebolehan orang dan lain-lain lagi

Sedihnya melihat gelagat pemuda PAS ini, memperlakukan Ketua Pemuda PAS mereka seperti ini. Tiada beza antara UMNO dengan PAS.

Semangat kenegerian dan kesukuan mengatasi minda sihat untuk menilai kemampuan kepimpinan.

Perwakilan perlu sedar, memilih pemimpin adalah amanah yang ada tanggungjawab dan perlu dijawab. Pemilihan kepimpinan tidak boleh dinisbahkan kepada suku dan kenegerian.

Jika dilihat kembali, apalah erti kehilangan pekerjaan sebagai balasan kepada menyokong perjuangan PAS yang dilalui oleh Sdr Suhaizan. Apabila tidak diperlukan, dia hendak 'dibuang' begitu sahaja.


Perangai perwakilan Pas dah serupa Umno. Buang jerlah serban kopiah bagai tu. Buat malu Islam.

 pas yg sukar menerima teguran. jadilah pas zaman 70-80an. jaguh kampong


malang.....nama parti islam.....perjuangan berlandaskan islam....ceramah pong pang pong pang tentang islam....tuduh orang lain tak islamik tapi diri hampeh...

Maaf cakapla kalau setakat pakai serban tapi hati hitam...penuh hasad dengki....sesama kawan tikam dari belakang...mbuang saja serban tu sebb singh pun pakai serban.

satu lagi lepas ni kalau nik abduh menang.....jangan panggil dia terlibat dalam demo...ni jenis skema

RAMAI KATA SEKARANG PAS DAH JADI MCM TAHUN2 80AN,salah tu sebab tahun2 80an pemuda dan ulamk pas tak le setolol yg sekarang ni,aku dizaman berjuang zaman tu,dan aku dapat rasakan pas sekarang ada lah pas yg berfikiran baru iaitu,pas dah betul jadi umno,kerana dalam pas sekarang telah berkumpul ulamak2 sesat dan menyesatkan...pas akan jadi umno bukannya pas ganti umno



Rosmah merai kemenangan ini dengan tawaduk dan syukur. Kedudukan Najib kembali selamat.

Keputusan ini menunjukkan PAS adalah lidah penyambung Utusan seperti mana Utusan adalah penyambung fitnah pada rakyat

DUPP membuat keputusan sebulat suara memutuskan perhubungan dengan DAP tanpa memutus kan menolak kerjasama dengan UMNO.

Ramai perwakilan yang milih Adduh tentu melihat kehebatan Ustad Kazim dan Dr Ridhuan berceramah dan mereka juga bercita-cita mencipta nama dan kedudukan seperti Kazim dan Ridhuan. Kerana selepas ini mereka dapat berceramah dan berkuliah sepentas dengan UMNO.

Mana-mana pemegang jawatan dalam kepimpinan hanya berkhidmat selama dua tahun. Ini mungkin sebab perwakilan memandang ringan kesan nya pada parti. Dua tahun lagi kalau pasukan ini gagal mereka boleh menukar kepimpinan tetapi kepemimpinan selepas ini kena bermula dari mula. Seperti UMNO, sesiapa yang menganti Najib terpaksa bermula dari awal.

Kebanyakan perwakilan tidak mendapatkan maklumat dari IT sebab orang agama ini ramai yang memandang ciptaan manusia ini mendorong kepada dosa. Buang masa. Sedangkan apa jua di dunia boleh digunakan untuk mendapat pahala dan kebaikan. Yang paling teruk mereka menanggap cerita dalam blog dan FB adalah cerita palsu. Sedangkan mereka di beri otak memilih seperti mana mereka memilih UMNO kerana semata-mata berpandukan kepada Hj Hadi. Kerana yang menang bukan Hj Hadi atau Harun Din. Yang menang ialah UMNO.

Kerjasama yang di ujudkan oleh Ustad Fadzil dan TGNA dikatakan sementara tetapi mereka terlupa yang hidup mereka dan kuasa yang ada pada mereka juga adalah sementara. DUPP tidak ada maruah kerana hanya memutuskan kerjasama dengan DAP tapi kekal dalam PR kerana jawatan EXCO di Selangor dan kerana ada dua ahli PAS yang berkeras pertahankan PR.

Selama dua tahun ini kita akan saksi kan kumpulan ini bertelagah sesama mereka bukan pasal isu hudud tetapi pasal perubahan kehidupan Abduh dan orang-orang di sekelilingnya yang setaraf Ustad Kazim.

Pemimpinan Professional kena bersedia kerana nama-nama mereka tidak akan di calun kan untuk pilihanraya. PKR kena jaga wakil rakyat nya supaya tidak menyokong kumpulan Hj Hadi untuk menumbang PR Selangor.

Kepada Allah kita kembalikan. Selama dua tahun ini kempimpinan PAS umpama Lembu di cucuk hidung.


Sorry PAS. Aku dan rakan2 yg bukan ahli PAS, yg selama ini menyokong PAS, TIDAK AKAN MENYOKONG PAS LAGI pada pemilihan akan datang. Kerana PAS yg baru ni mundur kebelakang.

Who the hell are you kidding, memutus hubungan kerjasama dgn DAP tapi masih dalam PR. Bukan DAP tu dlm PR ke? Apa makna ini semua. Kami bukan bodoh lah

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI