PAS ganti perangai UMNO....kah kah kah....serupa ajer...harap kopiah dan serban besar ajer yang putih tapi hati hitam legam...!!!!

Kerana pertahan kritikan terhadap Hadi, Hanipa di ‘boo’ perwakilan PAS



Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin diejek 'boo' oleh perwakilan muktamar di Kuala Selangor ..Semangat  syaitan UMNO  meresapi  puak puak lahanat nih..



betul...tu...UMNO tak payah bersusah payah...barua dia dan meresap dalam PAS...PRU 14 nanti syaitan syaitan nih boleh bergabung dengan UMNO lawan pakatan rakyat...!!!


Gara-gara mempertahankan tindakannya menegur Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka dan mengkritik hudud Kelantan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin diejek 'boo' perwakilan muktamar di Kuala Selangor hari ini.

Ini bermula apabila seorang perwakilan dari Segambut mempersoalkan peranannya sebagai pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS yang sepatutnya mempertahankan presiden membawa rang undang-undang (RUU) persendirian hudud ke Parlimen.

"Inikah tarbiah yang kita hasilkan dengan ‘boo’ macam itu?

 "Saya tiada masalah, dalam Parlimen perangai Umno pun macam ni," katanya semasa memberi penjelasan dalam sesi pembentangan minit mesyuarat PAS 2014 di Kuala Selangor, hari ini.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata, isunya adalah RUU persendirian itu tidak pernah dibawa Hadi masuk dalam perbincangan PAS Pusat.

Malah mengakui dirinya, ahli Parlimen PAS lain termasuk Ketua Whip Datuk Mahfuz Omar tidak pernah berpeluang melihat RUU itu sebelum dihantar untuk dibentangkan.

"Dan apabila saya lihat RUU itu ada beberapa kelemahan. Jadi itu persoalannya, bukan nak pinda.

"Kita pertikai cara dan apa salahnya sekiranya kita buat teguran," katanya mempertahankan tindakannya mengkritik Hadi itu membuktikan amalan demokrasi wujud dalam PAS.

Hanipa berkata, dirinya sering mempertahankan hudud Kelantan tidak bercanggah dengan Perlembagaan walaupun menyertai forum “hostile hudud” di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH).

Beliau kemudian mencabar perwakilan membuktikan jika ada kenyataannya mengenai hudud bercanggah dengan presiden.

"Kalau ada kenyataan saya bercanggah dengan presiden, buktikan. Di mana yang bercanggah itu saya tak boleh jawab.

"Saya bagi jaminan kalau RUU dibawa ke Parlimen saya akan pertahankan dan saya akan berani lawan mana-mana wakil Parlimen Umno," katanya.

Hanipa semasa muktamar di Johor tahun lalu pernah menerima nasib sama, apabila mempertikaikan PAS mahu merebut kerusi menteri besar Selangor milik PKR.





##




perangai syaitan yang di miliki UMNO telah meresap ke jiwa pendokong PAS...harap ajer  kopian dan serban besar warna putih...tapi hati hitam legam,,,,tak boleh pikir  yang mana baik...

dia ingat tuan presiden tu maksum macam nabi...tak boleh di kritik...zaman nabi saw dan para sahabat  pun tak bua kerja jijik macam nih...

ini kah yg ulama ajar? Hanya nabi2 Allah subhana wataala saja yg kita tak boleh kritik. Ini nampak macam umno saja, kerana macam ini lah pemimpin2 kita akan besar kepala. nanti

Dan mereka mengaku pejuang Islam di Malaysia.....tahi kucing...!!!

kalau parti lain boo pemimpin x kisahlah, i ni parti yg mengaku islam, belum laksanakan hudud perangai dah samseng, sepatutnya laksanakan hudud dlm pas dulu la..


Pemimpin Islam Saidina Umar pernah ditegur semasa beliau menjadi khalifah oleh seorang wanita dan dengan segera Umar mengakui kesilapannya.

Adakah Islam menjadi lemah kerana Umar sebagai pemimpin ditegur oleh wanita pula? Adakah Hj Hadi seorang yang maksum sehingga dirasakan tiada cacat celanya lagi. Saya semakin tidak nampak halatuju perjuangan PAS selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Aziz.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI