sistem kecemasan dron

Peminat dron semakin banyak di Malaysia sehingga menimbulkan kontroversi bulan lalu apabila seorang penggemar dron menerbangkannya berhampiran KLIA. Anda tidak memerlukan lesen untuk menerbangkan dron tetapi anda memerlukan dompet yang tebat untuk membelinya.

Harga dron bermula dari RM 2000 dan boleh meningkat kepada RM5000 bergantung kepada kualitinya. Oleh sebab itu dron ialah pembelian yang anda mahu pastikan dijaga dengan rapi supaya tidak rosak.

Perkara yang paling ditakuti pemilik dron ialah pesawat mereka terhempas ketika operasi.  Harga menggantikan bahagian yang rosak adalah agak mahal. Jadi sistem payung terjun SmartChutes adalah rekaan yang akan memastikan dron anda tidak akan terhempas sehingga rosak.

Payung terjun SmartChutes boleh dibuka dalam masa 0.3 saat. Pengguna boleh membuka payung terjun secara manual ataupun membuka secara automatik apabila ia mengesan kipas tidak berfungsi ketika terbang.

Smartchutes sedang mengumpul dana dan boleh anda miliki pada harga $160. Sebuah pelaburan mampu milik bagi memastikan dron anda yang mahal tidak mengalami kerosakan yang teruk apabila gagal berfungsi.




About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI