kereta yang boleh berubah menjadi pesawat






Realitinya idea kereta terbang sudah wujud sejak awal kurun ke-20 dan kereta terbang masih belum menjadi realiti. Terdapat beberapa kereta terbang dihasilkan sejak kebelakangan ini dan terkini Carplane diperlihatkan di Jerman.

Rekaan Carplane unik kerana saiznya masih sama seperti kereta empat roda konvensional. Kokpit carplane terbelah dua bagi membawa dua penumpang pada waktu yang sama. Sayap Carplane disimpan di antara dua  pod penumpang dan dipasang apabila diperlukan.

Menurut pereka Carplane, kereta terbang ini hanya memerlukan landasan sepanjang 85 meter untuk terbang. Ia diperkasakan enjin 151 kuasa kuda yang menggerakkan tayar dan kipas pada belakang kenderaan. Kelajuan maksimum di udara adalah sekitar 200 kmj dan kelajuan di atas darat pula ialah 175 kmj. Jarak penerbangan maksimum pula ialah 833 kilometer.

Prototaip penuh Carplane dijangka siap Jun hadapan. Secara peribadi wa  lebih teruja dengan kenderaan panduan automatik dari kereta terbang.

Ini adalah kerana di Malaysia jika pemandu kereta sekarang dibenarkan terbang, wa  yakin insiden kemalangan udara pastinya berlakunya terlalu kerap. Kesopanan dan kesusilaan di dalam Rukun Negara tidak wujud di sanubari pemandu kenderaan Malaysia.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI