kerana skirt labuh ,pelajar islam di halau keluar dari kelas




Dalam satu laporan dari media Perancis, seorang remaja Islam perempuan telah dihalau keluar dari kelasnya sebanyak dua kali gara-gara mengenakan skirt labuh.

Dalam undang-undang sekularisme di sana, ia menghalang mana-mana individu dari memakai pakaian yang berciri-cirikan agama yang keterlaluan.

Menurut sumber, pelajar terbabit yang hanya dikenali sebagai Sarah, 15, telahpun membuka tudungnya ketika masuk ke kawasan sekolah kerana ia merupakan salah satu peraturan yang perlu diikuti.

Namun, pihak sekolah tetap menganggap skirt yang dipakainya terlalu ‘provokasi’, dan dikatakan berpotensi untuk menimbulkan protes.

“Gadis tersebut disuruh balik dan menukar ke pakaian yang lebih ‘neutral’,”ujar satu sumber.

Tindakan tersebut telah menyemarakkan kritikan dari masyarakat global dan medium Twitter telah dijadikan platform untuk menyatakan bantahan dengan penggunaan hashtag

#JePorteMaJuppeCommeJeVeux yang bermaksud “Saya pakai skirt saya seperti yang saya nak” telah menjadi trending.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI